Tuesday, December 28, 2010

308. Mac Nux

Minggu ni belum kemaskini blog rupanya. Musim kesibukan melanda diri ini. Banyak perkara baru dapat dipelajari. Perkara melibatkan syarikat takkan saya coretkan di sini. Blog ini hanya untuk perkongsian Linux sahaja.

Kalau pun saya bercerita mengenai telefon pun adalah berkaitan Linux juga iaitu Android dan Maemo/Meego. N900 boleh dipasang Android. Ingin juga saya mencuba memasangnya jika ada kelapangan. Perlu beli external memory card sekurang2nya 2GB barulah boleh dipasang 2 OS dalam N900. Maksimum external memory card yang disokong oleh N900 adalah 16GB.

Tadi baru menyiapkan satu tugasan yang mencabar minda juga. Bertukar kerja bermakna akan banyak yang perlu dipelajari. Sebab itu ramai orang lebih suka kekal dengan tempat yang sama kerana tidaklah banyak yang perlu dipelajari dalam masa yang terlalu singkat di samping alasan2 yang lain. Saya juga dalam kategori tidak suka berpindah kerja tapi apakan daya takdir penentu segalanya.

Sejak usia sudah menua ni daya kelupaan semakin meningkat. Saya memang sudah lama membuat nota setiap perkara yang saya belajar. Supaya lain kali dapat mengunakan perkara tersebut dengan cepat dan berkesan. Mungkin itu adalah cara saya belajar dengan membuat nota. Lain orang lain caranya.

Dalam masa terdekat ini rasa nak balik kampung untuk mencuba Lubuntu pada pc lama. Ingin melihat sejauh mana keberkesanannya dari segi kelajuan dan keselesaan mengunakannya.

Terima kasih kepada kenkawan kerana sudi menghulurkan bantuan di kala saya kesukaran dalam menyiapkan kerja. Saya juga ada membantu rakan2 yang memerlukan kerana saya percaya apabila kita membantu seseorang itu maka suatu masa nanti di kala kita dalam kesusahan akan ada orang lain yang membantu kita. Tidak semestinya orang yang kita bantu itu yang menolong kita. Begitulah kehidupan yang saya faham.

Ramai yang tidak faham cara tukang kod bekerja. Bagi saya tukang kod perlu selesaikan isu2 besar dahulu kemudian baru selesaikan isu2 kecil. Kerana banyak masa diperlukan untuk mencari penyelesaian kepada isu2 besar. Isu2 kecil hanya perlukan masa sahaja untuk disiapkan. Isu2 besar kadangkala merupakan kali pertama dihadapi untuk diselesaikan dan kadang2 tercari2 kaedah yang sesuai untuk digunapakai.

#zairo