Thursday, June 2, 2011

321. Editra

Bulan Jun merupakan bulan kelahiran diri ini. Pernah juga saya menulis pasal hari lahir beberapa kali di blog lama saya. Jadinya tak ada apa pun nak diceritakan mengenai hari lahir. Cuma saya tidak ada acara tertentu semasa hari lahir dan menjadi tradisi keluarga saya begitu.

Sedang membiasakan diri mengunakan pengubah teks Editra. Lama juga saya mencari2 pengubah teks yang bagus. Daripada TextWrangler kepada Komodo Edit dan seterusnya Tincta akhirnya berlabuh di pelabuhan Editra, hu2.

Saya pernah mengunakan Textpad selama 3.5 tahun manakala Geany selama 2.5 tahun. Textpad walau pun mengandungi popup yang keluar sekali sekali kerana versi percuma, agak menganggu juga tapi saya selesa mengunakannya kerana kelajuan pemprosesannya.

Pengubah teks pertama saya adalah Textpad. Bermula daripada selepas latihan ASP, pengajar mencadangkan Textpad sebagai salah satu pengubah teks yang percuma dah sesuai digunakan. Saya terus mengunakan Textpad dah selesa mengunakannya sehingga beberapa tahun mengunakan platform Windows.

Selepas itu saya mengunakan platform Linux dan perlu mencari pengubah teks yang baru kerana Textpad tidak boleh digunakan dalam Linux. Geany digunakan oleh supervisor ketika masing2 mencari pengubah teks yang paling menarik dalam platform Linux. Lalu Geany digunakan membangunkan beberapa sistem untuk beberapa tahun.

Selepas itu mengunakan platform Mac OS pula dan seperti dinyatakan di atas.

Bagi saya, ciri-ciri yang paling penting bagi sebuah pengubah teks antaranya ialah:
1. KELAJUAN memproses kerana banyak masa dibuang begitu sahaja jika memproses yang terlalu lambat.

2. TAB untuk setiap fail yang dibuka. Biasanya diletakkan di bahagian atas fail.

3. Mempunyai FILE EXPLORER untuk memudahkan mencari dan buka fail dan tidak memerlukan aplikasi lain untuk tujuan ini.

4. Paling penting juga adalah mempunyai CODE EXPLORER untuk melihat senarai class dan function untuk mempercepatkan proses mencari function yang diperlukan.

5. Mempunyai fungsi carian secara RECURSIVE untuk mencari fail berdasarkan kata kunci yang dicari. Ini juga merupakan elemen penting yang perlu ada bagi pengubah teks yang bagus.

6. LINE dan COLUMN. Ini ciri-ciri wajib ada. Kalau tak ada, baik pakai Notepad je hu2.

7. UNDO dan REDO. Penting jika ada kesilapan dan memerlukan kembali ke asal jika fail masih belum ditutup.

8. SIMPAN SESI. Bila buka balik pengubah teks, akan sedia buka fail2 yang sebelumnya dibiarkan buka.

9. Shortcut untuk INDENT dan UNINDENT. Ini untuk memperkemaskan kod.

10. PLUGIN GIT bagus jika ada. Jika tak ada pun boleh mengunakan default antaramuka GIT yang dikatakan adalah pilihan terbaik untuk melaksanakan kerja-kerja GIT.

Editra mempunyai semua ciri-ciri ini dan yang menariknya boleh digunakan di platform Linux, Mac OS dan Windows.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.6.8