Saturday, December 31, 2011

333. Twenty12

Tahun baru bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi. Seperti biasa elok diimbas apa yang sudah dilalui untuk sepanjang tahun 2011 ini.

1. Impak terbesar dalam hidup saya pada tahun ini adalah apabila mula mengenali Android. Tiga model Android telah pun saya beli untuk tahun ini iaitu Sony X8 (Android 2.1), Samsung Galaxe Ace(Android 2.2) dan terbaru Samsung Galaxy W(Android 2.3). Android merupakan salah satu peneraju hala tuju telefon pintar pada masa kini dan banyak yang boleh dibuat mengunakan telefon pintar sama seperti apa yang boleh dibuat pada laptop. Menurut rakan saya, Ubuntu mobile akan mengisi kekosongan pada aplikasi-aplikasi yang masih belum sempurna pada telefon pintar contohnya seperti aplikasi pejabat yang terdapat pada Ubuntu iaitu LibreOffice.

2. Hobi terbaru adalah bermain Chesspresso dan Word with Friends dalam telefon pintar. Telefon pintar sebenarnya banyak merubah cara hidup kita. Daripada melepak menunggu seseorang, boleh membaca sesuatu di telefon pintar. Jadinya dapat mengunakan masa yang ada dengan optimum.

3. Zairoute adalah aplikasi Android yang saya buat dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Zairoute 2.0 sedang dalam tempoh pengujian dan akan dikeluarkan kepada umum apabila saya berkelapangan. Versi 2.0 akan mengabungkan kesemua tren pengangkutan awam yang ada dalam Zairoute. Versi sebelum ini hanya boleh mencari jalan mengunakan tren yang sama.

4. Zairoliday akan dikemaskini dari segi rekaan. Fungsi yang telah saya ubahsuai menjadikan Zairoliday mudah untuk dikemaskini data-data baru.

5. N9 yang saya pernah berkira-kira untuk membelinya tidak jadi untuk saya beli. Alasan amat mudah iaitu tanpa banyak aplikasi ianya tidak berbaloi membeli telefon pintar dengan harga lebih 1k.

6. Ramai orang masih keliru dengan Linux dan mungkin peranan saya untuk menerangkan apa itu Linux. Ramai menganggap Meego sahaja telefon bimbit Linux walhal Android juga berasal daripada Linux. WebOS juga daripada Linux. Jadi tidak timbul Linux tidak mendapat tempat di hati pengguna-pengguna bukan geek kerana Android sudah pun membuktikan melalui jumlah jualan terbanyak bahawa Android adalah sangat ramah pengguna dah terkehadapan daripada segi teknologinya.

7. Bagi saya adalah penting untuk mengunakan telefon pintar yang terbaik untuk memudahkan kehidupan. Daripada Nokia N900 saya beralih kepada Android Samsung Galaxy W. Begitu juga dengan laptop daripada Ubuntu saya beralih kepada Xubuntu dan seterusnya Lubuntu. Namun begitu saya masih kekal dengan cabang Ubuntu kerana arahan-arahannya lebih mudah difahami.

8. Tahun 2012 mungkin dianggap bukan tahun Linux. Nokia menghentikan pembangunan Meego lalu digunakan oleh Samsung dan  dinamakan Tizen, WebOS dihentikan pembangunannya,  Sun dibeli oleh Oracle lalu wujud cabang Open Office iaitu LibreOffice dan cabang MySQL iaitu MariaDB. Cuma paling menarik adalah kejayaan Android menjadi peneraju dalam telefon bimbit dan digemari oleh orang ramai dan wujudnya Linux 3.0 sempena 20 tahun Linux.

9. Saya mula mengunakan Linux Ubuntu apabila menghadapi masalah virus pada Laptop saya. Sejak itu saya terus mengunakan Linux. Linux dalam server pula mula saya kenali apabila itu sahaja pilihan terbaik untuk dipasang pada server berbanding yang lain. Linux dalam telefon bimbit saya kenali melalui Nokia N900 kemudian Android apabila N900 saya dicuri orang.

10. Ini adalah cara saya menghargai Linux. Ianya percuma dan boleh dipasang oleh sesiapa sahaja. Dalam dunia Linux, tidak ada rooting atau pon jailbreak. Android dianggap tidak begitu mesra sumber terbuka kerana halangan-halangan tertentu dalam OS Android. Ini akan diatasi apabila munculnya Ubuntu Mobile yang dianggap sistem sumber terbuka yang benar-benar terbuka seperti mana yang ditunjukkan dalam Ubuntu pada deksktop, laptop dan server.

#zairo

Thursday, December 15, 2011

332. I Wonder

Bertukar lagi telefon yang lain. Apa ke hal ni kamu? Lama juga memikirkan keputusan ini sebabnya nak berjimat cermat. Akan tetapi setelah diperhalusi dengan teliti, ditimbang tara dan difikirkan sedalam-dalamnya itulah keputusan yang telah dibuat.

Disenaraikan 10 kelebihan Galaxy W (W bermaksud tertanya-tanya (wonder)) berbanding Galaxy Ace:

1. Tanggapan pertama yang melintasi fikiran saya masa mula-mula mengunakan Galaxy W adalah KELAJUAN PEMPROSESNYA. Maklumlah kerana mengunakan RAM 512 dan pemproses 1.4MHz.

2. Boleh main ANGRY BIRDS. Yey. Tiada lagi lenggah masa.

3. Berkali ganda BANYAKNYA APLIKASI boleh dipasang. Kalau Galaxy Ace hanya sekitar 75 aplikasi (sedia ada + dipasang sendiri) sahaja sudah memenuhkan memori dalaman walau pon dipasang di memori kad kerana ada fail-fail tertentu yang disimpan pada memori dalaman. 

4. Mengunakan ANDROID VERSI 2.3. Segala pembaharuan pada versi 2.3 boleh dilihat terus. Antaranya push notification lebih stabil.

5. Tangkap gambar LEBIH PANTAS. Mungkin kerana pemproses yang lebih laju dan teknologi terkini yang dihasilkan maka gambar diproses dengan lebih cepat dan lebih selesa digunakan.

6. ADA FOLDER untuk masukkan beberapa aplikasi yang sama kategori dalam satu folder. Ini adalah fungsi yang dibuat oleh teknologi Samsung dan bukan Android 2.3. Lebih mudah untuk mencari aplikasi yang ingin digunakan.

7. LEBIH BANYAK APLIKASI SEDIA ADA dalam Android Market kerana mengunakan Android 2.3.

8. HARGA DI BAWAH PARAS 1k. Ianya amat berbaloi. Saya trade in Galaxy Ace maka cuma perlu membayar jauh lebih murah daripada harga asal. Mana hendak dapat telefon pintar dengan 512 RAM, pemproses 1.4MHz dan memori dalaman 1.7GB yang berspesifikasi tinggi tetapi harga di bawah 1k, hu2.

9. MEMPUNYAI 252 ppi. Ini memberikan hasil video yang lebih baik kerana melebihi 200 ppi iaitu minimum untuk kualiti cetak.

10. Mempunyai KAMERA HADAPAN VGA. Kamera belakang sama dengan Galaxy Ace iaitu 5MP dengan flash dan merupakan minimum untuk gambar berkualti.

#zairo

Thursday, December 1, 2011

331. Lubuntu 11.10

Agak lambat sedikit review ini. Kata orang lebih baik lambat daripada tidak sampai langsung, hu2.

Antara perubahan-perubahan yang saya perasan dalam edisi kali ini adalah:

1. File Manager adalah Bookmark BOLEH DIPINDAH atas dan bawah secara tarik dan jatuh. Akan tetapi File Manager tiba-tiba akan tutup aplikasi jika buka folder di dalam folder yang terlalu dalam. Edisi 11.04 tiada pun masalah ini. Workaround untuk masalah ini adalah mengunakan Compact View berbanding Detailed List View. -1

2. Tekan saja butang Logout DIPAPARKAN VERSI Ubuntu 11.10. Ini sangat bagus kerana memudahkan untuk mengenalpasti versi Ubuntu yang digunakan tanpa perlu diperolehi daripada terminal bagai. +1

3. Wallpaper ADALAH REKAAN BARU. Ini semestinya wajiblah. Kalau guna wallpaper yang sama nanti ada pula orang yang keliru versi yang mana satu la pulak ini, hu2. +1

4. Saya mengunakan Lubuntu 11.10 64 bit, iaitu versi kedua 64 bit yang dikeluarkan oleh Lubuntu. Pastinya BANYAK PENAMBAHBAIKAN yang dilakukan pada backend yang tidak perasan pun oleh pengguna namun ianya menstabilkan OS dan menjadikan OS up-to-date. +1

5. Wireless berfungsi out-of-the-box. Ini ciri penting harus ada pada Linux. Kalau bermasalah maka pengguna baru akan mudah putus asa dengan Linux. +1

6. Rakan saya bertanya ada tak DropBox dalam 64 bit ini. Ya, ada tapi kena pasang secara manual sebab ianya bukan aplikasi default. +1

7. Kesemua aplikasi yang biasa saya guna di laptop 32 bit boleh dipasang juga pada laptop 64 bit. Cuma cara pemasangan ada juga yang sedikit berbeza. Kebanyakannya hanya mengunakan sudo apt-get namaAplikasi terus siap. +1

8. Office tiada secara default dalam Lubuntu. Jadinya kena pasang secara manual. Tidak seperti Ubuntu yang mempunyai Libre Office secara default. +1

9. Macam biasa Geany menjadi pengubah teks kegemaran. Cuma yang saya perasan dalam Lubuntu 11.10 ini tiada lagi arrow di atas dan bawah scroll bar. Perlu membiasakan diri dengan cara baru ini yang bergantung dengan scroll bar di tengah2 itu sahaja. +1

10. Suspend Mode dan Hibernate Mode masih tidak berfungsi dan sama seperti versi-versi sebelumnya. Saya tidak pasti versi mana yang okay untuk kedua-dua fungsi tersebut kerana sebelum ini saya tidak pun mengunakan suspend mode dan hibernate mode. Biasanya saya shutdown sahaja. -1

Secara keseluruhan 8 daripada 10 bintang. Memang berbaloi kerana Lubuntu Linux ini bukan sekadar percuma akan tetapi ianya memberikan anda pengalaman mengunakan laptop atau PC secara maksimum dan menyeronokkan. Versi baru Linux tidak menjejaskan pun kelajuannya malah semakin ditingkatkan kelajuannya pada proses-proses tertentu seperti yang diperkatakan oleh Linux Torvalds.

#zairo