Saturday, December 31, 2011

333. Twenty12

Tahun baru bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi. Seperti biasa elok diimbas apa yang sudah dilalui untuk sepanjang tahun 2011 ini.

1. Impak terbesar dalam hidup saya pada tahun ini adalah apabila mula mengenali Android. Tiga model Android telah pun saya beli untuk tahun ini iaitu Sony X8 (Android 2.1), Samsung Galaxe Ace(Android 2.2) dan terbaru Samsung Galaxy W(Android 2.3). Android merupakan salah satu peneraju hala tuju telefon pintar pada masa kini dan banyak yang boleh dibuat mengunakan telefon pintar sama seperti apa yang boleh dibuat pada laptop. Menurut rakan saya, Ubuntu mobile akan mengisi kekosongan pada aplikasi-aplikasi yang masih belum sempurna pada telefon pintar contohnya seperti aplikasi pejabat yang terdapat pada Ubuntu iaitu LibreOffice.

2. Hobi terbaru adalah bermain Chesspresso dan Word with Friends dalam telefon pintar. Telefon pintar sebenarnya banyak merubah cara hidup kita. Daripada melepak menunggu seseorang, boleh membaca sesuatu di telefon pintar. Jadinya dapat mengunakan masa yang ada dengan optimum.

3. Zairoute adalah aplikasi Android yang saya buat dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Zairoute 2.0 sedang dalam tempoh pengujian dan akan dikeluarkan kepada umum apabila saya berkelapangan. Versi 2.0 akan mengabungkan kesemua tren pengangkutan awam yang ada dalam Zairoute. Versi sebelum ini hanya boleh mencari jalan mengunakan tren yang sama.

4. Zairoliday akan dikemaskini dari segi rekaan. Fungsi yang telah saya ubahsuai menjadikan Zairoliday mudah untuk dikemaskini data-data baru.

5. N9 yang saya pernah berkira-kira untuk membelinya tidak jadi untuk saya beli. Alasan amat mudah iaitu tanpa banyak aplikasi ianya tidak berbaloi membeli telefon pintar dengan harga lebih 1k.

6. Ramai orang masih keliru dengan Linux dan mungkin peranan saya untuk menerangkan apa itu Linux. Ramai menganggap Meego sahaja telefon bimbit Linux walhal Android juga berasal daripada Linux. WebOS juga daripada Linux. Jadi tidak timbul Linux tidak mendapat tempat di hati pengguna-pengguna bukan geek kerana Android sudah pun membuktikan melalui jumlah jualan terbanyak bahawa Android adalah sangat ramah pengguna dah terkehadapan daripada segi teknologinya.

7. Bagi saya adalah penting untuk mengunakan telefon pintar yang terbaik untuk memudahkan kehidupan. Daripada Nokia N900 saya beralih kepada Android Samsung Galaxy W. Begitu juga dengan laptop daripada Ubuntu saya beralih kepada Xubuntu dan seterusnya Lubuntu. Namun begitu saya masih kekal dengan cabang Ubuntu kerana arahan-arahannya lebih mudah difahami.

8. Tahun 2012 mungkin dianggap bukan tahun Linux. Nokia menghentikan pembangunan Meego lalu digunakan oleh Samsung dan  dinamakan Tizen, WebOS dihentikan pembangunannya,  Sun dibeli oleh Oracle lalu wujud cabang Open Office iaitu LibreOffice dan cabang MySQL iaitu MariaDB. Cuma paling menarik adalah kejayaan Android menjadi peneraju dalam telefon bimbit dan digemari oleh orang ramai dan wujudnya Linux 3.0 sempena 20 tahun Linux.

9. Saya mula mengunakan Linux Ubuntu apabila menghadapi masalah virus pada Laptop saya. Sejak itu saya terus mengunakan Linux. Linux dalam server pula mula saya kenali apabila itu sahaja pilihan terbaik untuk dipasang pada server berbanding yang lain. Linux dalam telefon bimbit saya kenali melalui Nokia N900 kemudian Android apabila N900 saya dicuri orang.

10. Ini adalah cara saya menghargai Linux. Ianya percuma dan boleh dipasang oleh sesiapa sahaja. Dalam dunia Linux, tidak ada rooting atau pon jailbreak. Android dianggap tidak begitu mesra sumber terbuka kerana halangan-halangan tertentu dalam OS Android. Ini akan diatasi apabila munculnya Ubuntu Mobile yang dianggap sistem sumber terbuka yang benar-benar terbuka seperti mana yang ditunjukkan dalam Ubuntu pada deksktop, laptop dan server.

#zairo