Sunday, February 26, 2012

338. Taming the Rare Database

Akhirnya berjaya juga menjinakkan pangkalan data yang jarang saya gunakan. Syukur Alhamdulillah. Ianya mengambil masa yang agak lama juga di samping meminta bantuan sana sini demi untuk menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan.

Menariknya saya berjaya membuat dua cara sambungan sekaligus iaitu sama ada melalui PDO dan ODBC. Sambungan secara PDO memerlukan juga setting pada fail odbc.ini manakala untuk sambungan ODBC memerlukan setting pada odbc.ini, odbcinst.ini dan perlu pasang fail php-odbc. Kedua-dua sambungan ini memerlukan pemasangan Client SDK terlebih dahulu.

Seingat saya sepanjang kerja berkaitan server, ada 3 perkara yang saya pernah mengambil masa lama iaitu setup virtual machine(asalnya mengunakan VMWare namun akhirnya mengunakan Virtualbox) semasa pekerja di syarikat lama, setup subdomain dan terbaru sambungan PHP ke pangkalan data bukan MySQL. Isu terbaru ini paling lama untuk saya siapkan namun syukur jua berjaya disiapkan dengan agak susah payah juga sebenarnya kerana maklumat sukar diperolehi daripada Internet.

Jadinya saya sudah pun melunaskan janji untuk membuat satu masukan blog jika berjaya membuat sambungan PHP ke database bukan MySQL itu.

Oh ya, tahun ini perancangan sudah berubah. Saya akan mempelajari Java untuk Android sepanjang tahun ini. Tidak diketahui berapa lama masa yang saya akan ambil. Akan tetapi akhirnya saya akan membuat semula kod untuk Zairoliday dan Zairoute mengunakan Java untuk Android.

Kemunculan Ubuntu untuk Android menarik minat saya kerana Ubuntu yang terkenal dengan sistem pengoperasian percuma telah membuat satu aplikasi OS Ubuntu di dalam Android, sebuah telefon pintar yang juga sumber terbuka. Ianya dijangka akan menjadi aplikasi paling terhangat di pasaran pada tahun ini. Secara teorinya, anda tidak lagi perlu membawa laptop ke tempat kerja dan hanya membawa telefon bimbit Android yang ada aplikasi Ubuntu di dalamnya. Maka para pengaturcara tidak lagi dibebani dengan beg yang berat setiap kali pergi kerja atas pergi ke mana-mana sahaja. Apabila keluarnya Ubuntu Mobile beberapa tahun lagi akan menjadikan scenario ini melampaui daripada yang kita dapat fikirkan. Mungkin semua kerja dapat dilakukan di dalam telefon bimbit yang bersaiz Galaxy Note atau pun besar sedikit daripada saiz tersebut. Ubuntu terbaek :)

#zairo

Monday, February 13, 2012

337. Freeware

Zairoliday sudah ditambah dengan cuti sekolah. Rasanya sudah lengkap sudah apa yang ingin dibuat untuk Zairoliday. Mungkin ada lagi tambahan boleh dibuat tapi ianya adalah ciri-ciri yang bagus jika ada dan tidaklah menjadi satu kemestian.

Zairoute menyediakan komuter, LRT, monorail dan ERL iaitu 4 daripada 8 jenis pengangkutan yang boleh digunakan iaitu teksi, bas, kapal terbang dan pengangkutan sendiri.

Saya juga ada membuat Zairopray iaitu waktu solat yang menarik data daripada e-solat.gov.my. Sudah ada 4 aplikasi di Android Market mengunakan konsep yang sama. Saya membuatnya untuk mempelajari beberapa perkara dalam aplikasi Android. Ianya hampir siap dan jika saya berpuas hati dengan hasilnya baru dimasukkan dalam Android Market, kalau tidak mungkin untuk kegunaan saya sahaja, hu2.

Itu aplikasi ketiga saya untuk Android. Aplikasi keempat masih belum dimulakan dan merupakan aplikasi utama saya untuk tahun ini. Setahun untuk 2 aplikasi adalah mencukupi memandangkan saya buat untuk suka-suka disamping mempelajari kaedah-kaedah pengatucaraan untuk aplikasi Android.

Ada juga bertanya kenapa saya tidak membuat aplikasi berbayar. Saya lebih selesa membuat aplikasi percuma memandangkan tidak ramai pun yang memuat turun. Jika ramai pun memuat turun saya lebih suka membiarkan ianya percuma, hu2. Bagi saya, saya banyak terhutang budi dengan teknologi sumber terbuka. Ini salah satu cara yang boleh saya sumbangkan untuk sumber terbuka. Walhal saya belum bersedia memberikan kod saya secara terbuka pun dah hanya memberikannya secara freeware. Sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat kepada yang mengunakan aplikasi-aplikasi tersebut.

Oh ya, terpaksa KIV untuk membetulkan Android ICS kerana ianya error pada ICS yang tidak menyokong Javascript dan Jquery untuk fungsi-fungsi tertentu.

#zairo