Sunday, February 26, 2012

338. Taming the Rare Database

Akhirnya berjaya juga menjinakkan pangkalan data yang jarang saya gunakan. Syukur Alhamdulillah. Ianya mengambil masa yang agak lama juga di samping meminta bantuan sana sini demi untuk menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan.

Menariknya saya berjaya membuat dua cara sambungan sekaligus iaitu sama ada melalui PDO dan ODBC. Sambungan secara PDO memerlukan juga setting pada fail odbc.ini manakala untuk sambungan ODBC memerlukan setting pada odbc.ini, odbcinst.ini dan perlu pasang fail php-odbc. Kedua-dua sambungan ini memerlukan pemasangan Client SDK terlebih dahulu.

Seingat saya sepanjang kerja berkaitan server, ada 3 perkara yang saya pernah mengambil masa lama iaitu setup virtual machine(asalnya mengunakan VMWare namun akhirnya mengunakan Virtualbox) semasa pekerja di syarikat lama, setup subdomain dan terbaru sambungan PHP ke pangkalan data bukan MySQL. Isu terbaru ini paling lama untuk saya siapkan namun syukur jua berjaya disiapkan dengan agak susah payah juga sebenarnya kerana maklumat sukar diperolehi daripada Internet.

Jadinya saya sudah pun melunaskan janji untuk membuat satu masukan blog jika berjaya membuat sambungan PHP ke database bukan MySQL itu.

Oh ya, tahun ini perancangan sudah berubah. Saya akan mempelajari Java untuk Android sepanjang tahun ini. Tidak diketahui berapa lama masa yang saya akan ambil. Akan tetapi akhirnya saya akan membuat semula kod untuk Zairoliday dan Zairoute mengunakan Java untuk Android.

Kemunculan Ubuntu untuk Android menarik minat saya kerana Ubuntu yang terkenal dengan sistem pengoperasian percuma telah membuat satu aplikasi OS Ubuntu di dalam Android, sebuah telefon pintar yang juga sumber terbuka. Ianya dijangka akan menjadi aplikasi paling terhangat di pasaran pada tahun ini. Secara teorinya, anda tidak lagi perlu membawa laptop ke tempat kerja dan hanya membawa telefon bimbit Android yang ada aplikasi Ubuntu di dalamnya. Maka para pengaturcara tidak lagi dibebani dengan beg yang berat setiap kali pergi kerja atas pergi ke mana-mana sahaja. Apabila keluarnya Ubuntu Mobile beberapa tahun lagi akan menjadikan scenario ini melampaui daripada yang kita dapat fikirkan. Mungkin semua kerja dapat dilakukan di dalam telefon bimbit yang bersaiz Galaxy Note atau pun besar sedikit daripada saiz tersebut. Ubuntu terbaek :)

#zairo