Monday, December 31, 2012

365. Zairotask

1. Zairotask bukanlah aplikasi serba baru kerana ianya adalah kembangan daripada Zairorganiser yang berasal daripada Zairocator yang dahulunya adalah Zairotree.

2. Empat idea bertukar menjadi satu aplikasi to-do list yang mempunyai geocode lokasi tanpa had untuk sesuatu task yang boleh dilihat pada Google Map.

3. Saya baru menyiapkan asas kepada Zairotask yang mempunyai task dan unlimited map subtask. Ciri-ciri lain akan ditambah dari semasa ke semasa jika berkelapangan.

4. To-do list merupakan aplikasi yang mesti ada pada setiap telefon pintar dan saya sentiasa mengunakan pelbagai aplikasi to-do list seperti egoTimer, Taskos, dan lain-lain.

5. Tidak ada aplikasi to-do list yang saya benar-benar berpuas hati dan langkah membuat aplikasi to-do list sendiri adalah berbaloi kerana ianya dapat memenuhi keperluan saya sendiri.

6. Banyak perkara baru saya dapat belajar dalam proses menyiapkan aplikasi Zairotask ini.

7. Idea membuat Zairotask tercapai apabila seorang rakan saya memerlukan aplikasi organiser yang terbaik dalam Android. Kebanyakan yang lengkap adalah berbayar.

8. Saya bercuti selama seminggu kerana menghabiskan baki cuti tahun dan ini sedikit sebanyak memberikan saya lebih masa untuk mengilap Zairotask.

9. Zairotask merupakan aplikasi yang saya gunakan sehari-hari walau pun ianya masih dalam pembikinan sehingga ianya disiapkan dan diletakkan dalam Google Play.

10. Zairocator disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan. Diharapkan aplikasi Zairotask ini lebih diminati oleh para pengguna Android.

#zairo