Sunday, December 2, 2012

363. I Am Coming Home

1.  Sabtu lepas dapat info untuk pergi ke Bangkok atas urusan kerja.

2. Ahad pergi membuat paspot di Precint 15 yang dibuka 8am hingga 1pm akan tetapi semasa cuti sekolah dilajak sehingga pukul 10pm. Saya sampai pada pukul 10.33am dan siap selepas 3.5 jam kemudian yang memerlukan menunggu di kaunter pendaftaran, kaunter pembayaran dan kaunter penyerahan.

3. Isnin pergi woksyop Validation and Verification selama 2 hari. Tool yang dibincangkan adalah seperti JIRA, Sahi dan URANUS.

4. Selasa adalah woksyop yang sama dan belajar tentang performance dan security yang antara lain melibatkan tool seperti YSlow, JMeter dan BackTrack.

5. Rabu petang bertolak ke KLIA menaiki teksi daripada Bandar Baru Bangi dengan tambang teksi adalah RM60. Sampai di KLIA pergi ke kaunter B2 untuk check in. Kemudian ke kaunter imigresen. Berada di dewan membeli belah sebelum menunggu penerbangan di dewan perlepasan yang sepatutnya bertolak jam 9.55pm tetapi delay kepada 10.55pm.

6. Sampai di Suvarnabumi lebih kurang jam 1.00am. Pergi ke kaunter imigresen seterusnya menaiki teksi di tingkat bawah dengan bayaran THB500 daripada Suvarnabumi ke Sukumvit 12.

7. Khamis pergi ke Queen Sirikit Convention Centre menaiki MRT dengan bayaran THB16. Kemudian daftar diri dan dapat T-shirt, kad MRT, tag nama dan lain-lain. Mendengar sesi utama dan sesi woksyop.

8. Jumaat juga pergi ke Queen Sirikit Convention Centre menaiki MRT dengan kad MRT. Sambung mendengar sesi woksyop.

9. Sabtu bertolak ke Suvarnabumi menaiki teksi dengan bayaran THB500. Dalam perjalanan singgah sebentar membeli souvenir. Pergi ke kaunter check in M untuk MAS. Kemudian kaunter imigresen dan seterusnya ke dewan perlepasan. Sebelum ke dewan perlepasan, beli kacang tin yang dipesan colleague. Penerbangan bertolak jam 5.10pm tetapi delay sedikit.

10. Sampai di KLIA pukul 8.30pm. Pergi ke kaunter imigresen seterusnya ke pintu 3 untuk menaiki teksi dengan bayaran teksi adalah RM54.

Itu secara ringkas perjalanan kali pertama saya ke luar negara dan secara berasingan ke Bangkok.

Berikut antara perkara yang saya belajar: 

1. Saya cuba MENGELUARKAN DUIT mengunakan kad tetapi tidak berjaya. Mujur duit yang dibawa cukup-cukup untuk bayar teksi dan beli barang.

2. Kalau di Suvarnabumi, kita menaiki teksi dahulu sebelum bayar tetapi di KLIA kita BAYAR DAHULU sebelum menaiki teksi.

3. Di Suvarnabumi dan Queen Sirikit TIADA PAIP AIR di dalam tandas. Tidak seperti di Malaysia yang boleh dikatakan setiap tandas ada paip.

4. Jika BERTANYA ARAH jangan tanya lebih daripada sekali dengan orang yang sama kerana ini akan menyebabkan mereka menjawab dengan agak kasar. Padahal anda mahu confirmkan arah yang ditunjukkan itu tepat.

5. MAS 8 tahun dahulu saya pergi ke Sabah menu nasi lemak dan megi goreng pergi dan pulang. Sekarang ini semasa pergi menu ayam atau ikan. Semasa pulang menu ayam atau seafood. Kedua-dua menu saya memilih AYAM.

6. Dapat beberapa KENALAN daripada Indonesia dan Malaysia juga yang datang ke persidangan. Boleh juga bercakap bahasa Melayu.

7. Rajinkan BERTANYA SOALAN semasa sesi Q&A woksyop. Kalau benar-benar tiada soalan baru diam.

8. Jangan terlalu FANATIK dengan sesuatu OS telefon pintar. Jika pergi ke persidangan BlackBerry semestinya yang datang rata-rata adalah pengemar BlackBerry walau pun ada juga yang saya lihat mengunakan Android dan iPhone sebagai telefon pintar kegunaan mereka.

9. Persidangan ini menyediakan makanan HALAL. Jadi pergi ke meja yang ada label Halal dan biasanya terletak di bahagian hujung meja.

10. BUAT PERSIAPAN sedikit sebanyak: Bertanya kepada rakan yang pernah pergi ke Thailand, baca blog, muat turun aplikasi melibatkan Bangkok seperti Trip Advisor, Bangkok Train, Talk Thai, dan lain-lain. Sedikit sebanyak ini dapat membantu memudahkan urusan anda semasa berada di Bangkok.

#zairo