Tuesday, June 4, 2013

381. Hackathon

1. Jumaat lepas bertolak mengunakan Jetstar ke Singapura untuk acara angelhack yang berlangsung di pejabat Microsoft. Menaiki teksi pukul 4 petang ke KLIA. Kapal terbang bertolak pada pukul 6.45 petang dan sampai di lapangan terbang Changi, Singapura pada pukul 8.15 malam.

2. Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di Singapura dan menyertai acara seumpama ini walau pun pernah beberapa kali menyertai hackathon bersama rakan-rakan sepejabat.

3. Isnin pagi saya bertolak pulang.
a. Menaiki bas daripada Bugis untuk pergi ke Larkin, Johor.
b. Melalui pemeriksaan imigresen Singapura.
c. Melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.
d. Menaiki bas ke Larkin.
e. Menaiki bas Transnasional ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
f. Menaiki komuter daripada Bandar Tasik Selatan ke UKM.
g. Menaiki teksi ke rumah.

4. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang 2 hari di sana. Belajar menyelesaikan masalah kod secara pantas dan mencari cara terpantas untuk menyiapkan kod. Semuanya perlu dibuat dalam masa 24 jam kerana selepas itu wakil kumpulan perlu mempersembahkan hasil kerja kepada para hakim dalam masa 2 minit dan 1 minit Q&A.

5. Dapat juga menambah kenalan semasa berada di sana. Ini penting untuk saling pertukaran maklumat untuk kemajuan bersama.

6. Pasukan saya berjaya mendapat anugerah khas daripada BlackBerry. Ianya bukan hadiah utama akan tetapi ianya satu pencapaian yang melonjakkan lagi semangat kami untuk terus menghasilkan aplikasi-aplikasi yang terbaik dan menarik.

7. Semasa berada di sana baru saya perasan yang Zairopray tidak memaparkan data untuk Singapura. Akhirnya didapati data untuk Singapura hanya ada sehingga 31 Januari 2013. Saya terlupa untuk mengemaskini rupanya. Sekarang ianya sudah kembali pulih seperti sediakala dan data telah dikemaskini sehingga Disember 2013.

8. Kebanyakan perjalanan kami adalah mengunakan MRT di Singapura kerana jaringan sistem pengangkutan mereka adalah antara yang terbaik dan selesa di gunakan. Dua kali percubaan menaiki teksi tidak berjaya kerana kononnya percuma kerana mendapat kupon tapi tidak berjaya juga.

9. Malam terakhir kami berjalan merayau-rayau di Singapura. Banyak tempat-tempat menarik yang ditunjukkan oleh pemandu pelancong kami merangkap staf syarikat saya bekerja yang berpangkalan di Singapura seperti bangunan Parlimen, universiti dalam bandar, Funan (seperti Low Yatt di Malaysia, saya secara berjenaka mengatakan kalau tidak dapat apa yang diidamkan dipanggil kempunan), Maybank dan CIMB cawangan Singapura, dan banyak lagi tempat-tempat telah kami terokai.

#zairo