Thursday, June 13, 2013

382. Birthday

1. Setiap tahun kita menyambut hari lahir dan ini bukanlah tradisi keluarga saya. Jadinya saya kurang teruja menyambut hari lahir walau pun saya merasakan ianya hari istimewa kepada saya, hu2.

2. Tahun ini lebih istimewa kerana pada petangnya ada donat yang diberikan oleh seorang rakan pejabat.

3. Sebelah malamnya seperti tahun-tahun lepas, saya makan malam bersama rakan-rakan serumah cuma bezanya dengan menu ikan keli penyet berbanding ayam penyet pada tahun lepas.

4. Keesokan harinya pula ada kek hari jadi. Tahun ini kek tertera dengan kod dalam bahasa pengaturcaraan C yang hasilnya memaparkan 'Happy Birthday Azril!'. Ini mengingatkan saya tentang buku kedatangan perkahwinan untuk seorang rakan pejabat yang saya menulis 'Selamat Pengantin Baru' dalam bahasa pengaturcaraan PHP.

5. Secara rasminya saya sudah tidak membuat sebarang kemaskini major untuk aplikasi Android saya. Bukan bermakna saya sudah tidak menyukai Android, akan tetapi kerana saya ingin membuat perkara-perkara lain yang lebih penting. Android tetap menjadi salah satu OS yang menarik untuk digunakan.

6. Saya cuma akan kemaskini aplikasi setahun sekali memandangkan data yang perlu dikemaskini setiap tahun.

7. Banyak perkara yang ingin dicapai. Hidup di dunia ini adalah jambatan ke alam akhirat. Perlu memperbanyakkan amalan soleh, InsyaAllah.

8. Ada perkara seakan telah ditakdirkan. Paling penting adalah berusaha dan berdoa untuk mencapai impian dan harapan.

9. Paling penting juga adalah tidak mudah putus asa terutama pada saat-saat genting kerana biasanya kejayaan dicapai apabila anda berusaha sehingga ke saat akhir dan juga apabila anda menghampiri kepada putus asa.

10. Paling penting saya ingin mengawal diri saya daripada marah tanpa asalan kukuh. Memperbanyakkan lawak di dalam kehidupan kerana ianya menjadikan saya terasa lebih muda daripada usia saya.

#zairo