Friday, August 16, 2013

385. Eid Mubarak

1. Semasa cuti 2 minggu ini banyak kemaskini aplikasi saya yang telah saya lakukan. Ianya lebih kepada menghapuskan ralat minor dan penambahbaikan minor.

2. Zairoute ditambahbaik dengan ikon-ikon baru yang lebih kemas.

3. Zairotask ditambah shortcut untuk subtask. Juga ditambah due date untuk subtask.

4. Zairoliday ditambah pilihan untuk lihat semua data atau lihat data terkini.

5. Zairopray ditambah puasa wajib, sunat dan haram untuk hari semasa. Juga banyak penambahbaikan dilakukan untuk antara muka dan menghapuskan ralat minor.

6. Secara ringkasnya Zairoliday adalah gabungan cuti umum dan cuti sekolah yang dipaparkan dalam satu senarai untuk memudahkan kita melihat kalendar cuti umum tahunan. Tidak semua orang akan bercuti semasa cuti sekolah akan tetapi maklumat ini adalah penting untuk merancang perjalanan yang biasanya tidak sesak semasa cuti sekolah.

7. Zairopray pula adalah maklumat solat dan puasa yang merangkumi kategori wajib, sunat muakkad dan sunat. Asalnya ianya adalah waktu solat sahaja namun ia telah berkembang pesat menjadi seperti mana ianya sekarang.

8. Zairoute adalah panduan laluan tren untuk pergi ke sesuatu tempat yang digabungkan hampir keseluruhan pengangkutan awam di Lembah Klang. Panduan laluan bas dan kereta mungkin akan ditambah, InsyaAllah.

9. Zairotask pula adalah to-do list yang tidak terlalu lengkap seperti schedule planner dan tidaklah terlalu ringkas. Juga mengandungi butang map untuk memudahkan menyimpan geocode yang boleh digunakan dalam Google Map untuk pergerakkan.

10. Keempat-empat aplikasi ini adalah aplikasi yang saya gunakan saban hari dan ada yang saya gunakan setiap hari. Semoga ianya memberikan manfaat kepada anda juga.

Sibuk bekerja bagai nak rak,
kini Syawal sudah menjelma,
ucapan salam Eid Mubarak,
daripada Zairo kepada semua.

#zairo