Sunday, October 20, 2013

388. Lubuntu 13.10

1. Saya baharu sahaja meningkatnaik Lubuntu pada laptop saya kepada versi 13.10.

2. Ianya tidak semudah yang dijangkakan kerana pemasangan daripada kosong jauh lebih mudah daripada tingkatnaik daripada versi sebelumnya.

3. Saya mengalami masalah tiada sambungan Internet lalu saya mengunakan kernel 3.8 berbanding 3.11, Apache 2.4 yang memerlukan sedikit ubahsuai pada fail /etc/apache2/sites-available/localhost di mana perlu menukar nama kepada localhost.conf dan suspend mode yang memberikan ralat kepada cursor lalu saya menukar kepada tiada suspend mode jika menutup penutup laptop.

4. Sebelum itu saya terlupa mengecas bateri laptop menyebabkan pemasangan terhenti di tengah jalan. Apabila saya membuka semula laptop, ianya memasuki skrin terminal. Lalu saya reboot semula dan memasuki recovery mode dan memilih pilihan untuk menyambung semula pemasangan yang terhenti separuh jalan.

5. Selesai pemasangan didapati tiada perubahan drastik kecuali pada skrin login. Saya kira ianya lebih kepada pembetulan ralat dan peningkatan semua aplikasi yang digunakan contohnya PHP 5.5, MySQL 5.5 dan Apache 2.4.

6. Ianya satu lagi versi yang stabil daripada pasukan Lubuntu. Lubuntu 14.04 dikatakan akan hadir dengan versi LTS dan ini sememangnya versi yang ditunggu-tunggu kerana sokongan percuma kepada laptop dan pelayan selama 5 tahun.

#zairo