Saturday, December 21, 2013

390. Penambahbaikan

1. Untuk bulan ini saya banyak mengemaskini Zairopray dah boleh dikatakan sekarang ini ianya sudah setanding dengan aplikasi-aplikasi waktu solat yang lain. Ada fungsi yang agak lama untuk saya siapkan kerana kesukaran yang dialami dalam bahasa pengaturcaraan Java. Saya terpaksa menenangkan fikiran, membuat perkara yang lain dahulu dan setelah beberapa lama barulah melihat kembali dan menyiapkan Zairopray.

2. Ada banyak cadangan daripada pengguna Zairopray dan sebahagiannya telah pun saya siapkan. Terima kasih saya ucapkan kerana memilih untuk mengunakan Zairopray walau pun banyak lagi aplikasi lain yang menawarkan fungsi seumpamanya di pasaran.

3. Time Remaining adalah fungsi yang baru disiapkan dalam Zairopray. Jika waktu tersebut sudah tamat ianya akan bertukar daripada hijau kepada putih. Warna merah pula adalah waktu solat yang selepasnya. Waktu matahari rambang dalam Zairopray adalah selama kira-kira 15 minit sebelum waktu Zohor manakala waktu matahari tenggelam adalah selama kira-kira 15 minit sebelum Maghrib. Waktu Isyak yang afdal adalah selama 1/3 malam dan ini juga terdapat dalam Zairopray. Waktu matahari naik pula adalah selama kira-kira 15 minit selepas bermulanya waktu syuruk.

4. Offset adalah alarm yang boleh diset 60 minit sebelum waktu tertentu hingga 60 minit selepasnya. Untuk waktu Tahajjud setting adalah daripada 60 minit sebelum hingga 2 jam selepasnya. Setting ini bagus untuk bangun sahur, Tahajjud dan sebagainya. Untuk setting 60 minit sebelum perlu diset contohnya  -60 untuk mewakili 60 minit sebelum waktu tersebut. Manakala untuk 60 minit selepas hanya perlu setkan 60.

5. Pilihan saiz font adalah 14sp hingga 22sp disediakan dalam Zairopray. Ini untuk mempastikan keselesaan kepada setiap individu yang mengunakan Zairopray. Default Setting  adalah bersaiz 18sp. Saiz font akan diubah akan mengubah saiz font untuk semua skrin yang ada dalam Zairopray.

6. Terdapat pilihan format masa 12 jam dan 24 jam di mana default adalah 12 jam. Saya mengunakan format 24 jam kerana terbiasa dengan format begitu termasuk setting masa dalam telefon pintar saya juga adalah dalam 24 jam.

7. Kemaskini antara muka telah diperbaiki di mana saya mengunakan antara muka widget saya sebagai paparan utama. Ianya lebih baik daripada yang sebelum ini yang mengunakan rekaan kalendar yang didapati kurang bersesuaian.

8. Dalam Zairopray juga terdapat waktu solat Dhuha dan solat Tahajjud yang mengunakan formula seperti terdapat dalam skrin about. Waktu Dhuha biasanya 27 atau 28 minit selepas waktu Syuruk manakala waktu Tahajjud di Malaysia biasanya bermula antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi dan berakhir setelah masuknya waktu solat Subuh.

9. Data kalendar Islam untuk tahun 2014 juga telah dikemaskini. Data waktu solat 2014 sahaja yang belum dikemaskini dan biasanya data tersebut boleh diperoleh pada awal tahun hadapan.

10. Ada banyak lagi ciri-ciri baru yang ingin dibuat untuk Zairopray. Ianya bergantung kepada keupayaan saya sama ada boleh melakukannya dalam masa terdekat ini atau pun saya memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya atau pun tidak akan ada pun. Alhamdulillah.

#zairo