Thursday, May 1, 2014

395. Lagenda

Macam-macam berlaku di bulan April. Kedatangan lagenda catur dunia juga bekas juara catur dunia dan adalah pemain catur terhebat sepanjang zaman, GM Gary Kasparov ke Kuala Lumpur sangat mempesonakan. Terasa seakan bermimpi apabila dapat bertemu dengan beliau yang datang memberikan ucapan selama 30 minit dan sesi soal jawap beserta perlawanan catur serentak dengan 6 orang pemain catur amatur tanahair. Keputusan perlawanan berkesudahan 6-0 di mana beliau memenangi kesemua perlawanan.

Beliau tidak bercerita tentang catur semasa ucapannya kerana topik yang dibincangkan adalah berkisar tentang peluang perniagaan kepada usahawan muda. Semasa sesi soal jawab barulah ada berkaitan catur.

Antara yang dapat saya rakamkan daripada isi ucapan beliau dan sessi soal jawab:
1. Internet adalah inovasi terhebat sejak 1960 hingga kini.

2. Hasil R&D NASA membawa kepada perkembangan pelbagai teknologi seperti makanan, perisian dan perkakasan secara pantas hingga terhasil Android dan iPhone.

3. Ramai orang pintar membuat aplikasi dalam iPad. Ini tidaklah memberikan impak besar kepada dunia. Perlu ada kumpulan yang memikirkan cara untuk memberikan impak besar kepada teknologi dunia.

4. When more people think about important things, something great will happen.

5. Ask what you can do for your country not what I (Gary) can do for you. I am just a facilitator. The most important thing is the ground level.

6. Jangan takut kepada kegagalan kerana dengan kegagalan itu anda banyak belajar berbanding dengan ketika anda menang atau berjaya dengan apa yang anda usahakan.

7. Enjin carian pertama adalah Alta Vista namun sekarang didominasi oleh Google. Kalau anda ingin mencari apakah dia Alta Vista bolehlah mencari mengunakan Google.

8. Beliau tiada bukamainan kegemaran. Selalunya beliau akan bermain catur mengunakan 1. e4 sebagai pemain Putih dan pertahanan Sisilia (Sicilian Defence) sebagai pemain Hitam. Ianya adalah pemain Hitam yang menentukan pilihan bukamainan (dan variasi).

9. Move away from the comfort zone. That is the only way for you to success.

10. Walau pun telah bersara daripada arena catur, beliau masih mengikuti perkembangan catur dan ketika ditanya adakah GM Anand (pencabar, bekas juara catur dunia) akan menang apabila perlawanan semula dengan GM Carlsen (juara bertahan) nanti, jawapannya adalah kedua-dua pemain akan membuat beberapa perubahan dalam permainan masing-masing akan tetapi keputusan perlawanan tetap sama.

GM Gary Kasparov bukanlah idola saya namun beliau dikagumi oleh hampir semua pencatur seluruh dunia kerana pencapaiannya dalam catur yang sukar ditandingi oleh orang lain. Beliau tidak akan kalah dengan mudah dan lebih dikenali dengan persediaan rapi dalam bukamainannya. Berbanding GM Karpov yang hanya menyerang apabila mendapat kelebihan yang jelas, GM Kasparov hanya memerlukan sedikit kelebihan sahaja untuk beliau menyerang dengan kombinasi sana sini dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

#zairo