Monday, September 15, 2014

399. Never Lose Hope

Dari semasa ke semasa, saya sering ditanya berkaitan model telefon pintar yang terbaik untuk dibeli. Ada baiknya saya senaraikan panduan yang boleh digunakan dalam menentukan model telefon pintar yang sesuai untuk dibeli.

1. Beli MODEL yang TERKINI. Maksudnya baru keluar dalam 3 bulan kebelakangan ini atau selepasnya. Kalau beli model 2 tahun lepas contohnya, maksudnya tidak mengikuti perkembangan dan memiliki OS yang tidak terkini. OS terkini biasanya lebih digilap dan lebih ramah pengguna.

2. Beli model yang POPULAR. Model yang dibeli oleh ramai orang biasanya bagus dan jarang sekali bila ramai orang membeli dan model tersebut bermasalah. Contohnya Moto G merupakan model terlaris untuk telefon pintar bagi Motorola dan mempunyai model sambungan iaitu Moto G 2014.

3. Beli model yang mengunakan salah 1 daripada 2 SISTEM PENGOPERASIAN paling popular iaitu sama ada Android atau iOS. Model lain boleh juga dibeli jika anda memerlukan ciri-ciri tertentu yang tiada pada Android atau pun iPhone atau pun anda mempunyai alasan yang tersendiri.

4. Beli ikut BAJET anda. Kalau anda mempunyai bajet dalam lingkungan RM700 hingga RM800 maka Moto G 2014 menjadi model yang saya cadangkan. Jangan beli Moto G 2013, itu ketinggalan keretapi.

5. Beli ikut KEPERLUAN anda. Kalau anda sekadar memerlukan untuk panggilan dan SMS rasanya baik beli telefon yang berharga bawah RM200.

6. Anda mengunakan 2 KAD SIM. Ada 2 pilihan iaitu mengunakan 2 telefon atau pun mengunakan satu telefon tetapi mempunyai 2 slot kad sim iaitu contohnya model Moto G.

7. Anda seorang yang cemerkap kerana telefon selalu terjatuh atau mempunyai anak kecil yang selalu menjatuhkan telefon pintar anda? Ini boleh diatasi dengan membeli CASING tahan hentakan contohnya Otterbox. Kalau model yang anda beli tiada dijual casing di Malaysia tidak mengapa kerana boleh membeli mengunakan Amazon mengunakan kad kredit, kad debit atau pun paypal.

8. Duit bukan masalah bagi anda. Ini terpulang kepada anda untuk membeli model telefon pintar yang anda suka.

9. Anda seorang pembangun aplikasi. Ini memerlukan anda mempunyai telefon pintar yang sentiasa menyokong OS TERKINI. Contohnya model stok Android mempunyai kemaskini selama 18 bulan sebelum tiada sokongan diberikan untuk model terbaru. Maknanya anda perlu membeli telefon pintar baru setiap setahun setengah.

10. Anda rasa tercabar kerana kebanyakan rakan-rakan anda semuanya memiliki telefon pintar yang canggih dan terkini. Anda membeli telefon pintar untuk KEGUNAAN anda SENDIRI dan bukan untuk kegunaan orang lain. Terpulang kepada anda untuk menentukan model telefon yang anda perlukan.

Untuk selamat biasanya membeli telefon pintar dengan model top-end seperti Moto X, S4, Note 4, HTC One M8 dan Xperia Z3. Untuk jimat di samping mempunyai ciri-ciri yang tidak low-end adalah seperti Moto G. Untuk mengenal pasti model seperti Moto G memerlukan penelitian dan kajian kerana setakat ini selain daripada Moto G kebanyakkan model yang murah biasanya mempunyai spesifikasi tertentu yang rendah.
 
#zairo