Tuesday, February 17, 2015

404. Arch Linux

Sudah lama saya berminat untuk memasang Arch Linux namun gagal memulakan tidak ingat sampai mana saya berusaha. Baru-baru ini saya memulakan semula pengembaraan pemasangan Arch Linux. Untuk rekod, saya pernah memasang Ubuntu sahaja di dalam laptop dan mendapat pendedahan berkaitan Ubuntu, RHEL, CentOS dan Fedora.

Masukan ini ditulis mengunakan Arch Linux yang mengunakan XFCE sebagai Desktop Environment. XFCE merupakan Desktop Environment pertama saya di dalam Xubuntu sebelum saya beralih kepada Lubuntu yang mengunakan LXDE. Kemudian saya mengunakan Ubuntu yang mengunakan Unity hingga sekarang sebelum saya bercadang untuk mengunakan Arch Linux pula.

Beberapa kali percubaan telah dibuat untuk memasang Arch Linux dan ada yang berjaya dan ada yang gagal.

1. Arch Linux Vanilla - skrin hitam.

2. CTKArch - gagal dipasang.

3. Evo/lution Linux + LXDE - masuk terminal selepas boot.

4. Evo/lution Linux + GNOME - berjaya dipasang dan ralat pada terminal, ralat pada tutup pengurus fail.

5. Bridge Linux + GNOME - gagal dipasang.

6. Bridge Linux + LXDE - berjaya dipasang yang sebelum ini tertinggal langkah.

7. Antergos + GNOME - gagal dipasang. Gagal dipasang semula.

8. Bridge Linux + XFCE - berjaya pasang. Alhamdulillah.

Satu kelebihan Arch Linux adalah 'rolling release' di mana kemaskini sentiasa ada tanpa memerlukan tingkatnaik. Tingkatnaik kadang-kadang memerlukan pemasangan semula dan itulah yang ingin dielakkan.

Pemasangan dibuat mengunakan Virtualbox dan apabila telah selesa kemudiannya barulah boleh memasang secara dual boot atau pun single boot.

Arch Linux dikatakan sesuai dipasang oleh pengguna yang sudah biasa mengunakan Ubuntu sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah biasa mengunakan Terminal.

Kebanyakan cabang dalam Arch Linux mengekalkan kemaskini terus kepada Arch Linux tanpa ada tapisan.

Arch Linux dikatakan sebagai distro yang sangat ringan kerana memasang hanya apa yang diperlukan oleh perkakasan dan perisian yang diperlukan oleh pengguna sahaja.

p/s Ubuntu masih distro terbaik.

#zairo