Sunday, March 22, 2015

405. Family Tree

1. Sudah lama saya membuat aplikasi Salasilah Keluarga asalnya mengunakan PHP. Namun baru-baru ini saya bercadang membuatnya mengunakan Java dan sudah pun siap untuk perkara asasnya. 

2. Timbul idea membuat aplikasi Salasilah Keluarga kerana generasi baru makin lupa tentang siapa saudara mara mereka dan ini merisaukan generasi lama.

3. Sebagai pengamal IT, salah satu cara yang saya cadangkan adalah membuat salasilah keluarga tidak kira secara dalam talian atau pun luar talian.

4. Daripada mengunakan aplikasi orang lain, saya lebih suka mengunakan aplikasi sendiri.

5. Sekali imbas ianya nampak sukar dibuat. Itu sebabnya pada awalnya saya membuat modul peta di dalam Zairotask yang boleh menyimpan koordinat lokasi terutamanya untuk saudara mara. Namun ianya tidak lengkap tanpa adanya salasilah keluarga.

6. Akhirnya saya cuba juga membuat salasilah keluarga kerana saya masih lagi faham tentang kaedah yang saya gunakan untuk salasilah keluarga mengunakan PHP yang kodnya telah hilang.   

7. Untuk versi pertama ini saya telah menyiapkan 16 hubungan
i. Anak lelaki
ii. Anak perempuan
iii. Emak
iv. Ayah
v. Abang/adik lelaki
vi. Kakak/adik perempuan
vii. Datuk
viii. Nenek
ix. Cucu lelaki
x. Cucu perempuan
xi. Ayah saudara
xii. Emak saudara
xiii. Anak saudara lelaki
xiv. Anak saudara perempuan
xv. Sepupu lelaki
xvi. Sepupu perempuan

8. Untuk kemaskini berikutnya saya telah menyiapkan 21 hubungan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 37 hubungan dijana oleh aplikasi.
i. Dua pupu
ii. Bapa saudara sepupu
iii. Ibu saudara sepupu
iv. Anak saudara sepupu lelaki
v. Anak saudara sepupu perempuan
vi. Suami
vii. Isteri
viii. Abang/adik lelaki ipar
ix.  Kakak/adik perempuan ipar
x. Isteri bapa saudara
xi. Isteri emak saudara
xii. Isteri sepupu lelaki
xiii. Isteri sepupu perempuan
xiv. Bapa mertua
xv. Emak mertua
xvi. Menantu lelaki
xvii. Menantu perempuan
xviii. Abang/adik lelaki tiri sama emak
xxi. Kakak/adik perempuan tiri sama emak
xx. Abang/adik lelaki tiri sama ayah
xi. Kakak/adik perempuan tiri sama ayah

9. Aplikasi Salasilah Keluarga ini merupakan salah satu aplikasi yang istimewa kerana fungsi yang ada padanya dalam menjana hubungan keluarga selain daripada anak, emak dan ayah yang diisi oleh pengguna.

10. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan dan idea bernas dalam penghasilan aplikasi Salasilah Keluarga ini.

11. Aplikasi Salasilah Keluarga merupakan sub modul kepada aplikasi Zairotask dan boleh didapati secara percuma di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zairo.zairocator.


#zairo