Sunday, November 8, 2015

417. Zairoute Evo

1. Pada mulanya memang ingin cuma fokus kepada Jawi Kufi Converter namun ada perkara lain yang penting juga yang perlu dilunaskan. Zairoute merupakan aplikasi pertama yang saya bina pada 2011 dan ianya mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan kerana kemalasan diri ini dan juga faktor-faktor sampingan.

2. Sejak kebelakangan ini didapati sudah ada tempoh masa daripada satu lokasi ke satu lokasi sama ada di laman web rasmi Komuter atau pun aplikasi-aplikasi LRT. Ini memberikan ruang untuk Zairoute menambahbaik satu ciri penting yang belum ada iaitu tempoh masa.

3. Idea menambahbaik muncul apabila saya menaiki komuter dan didapati saya kurang pasti berapa tempoh masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi. Alangkah bagus sekiranya ada tempoh masa dari lokasi A ke lokasi B untuk memudahkan kita menganggarkan masa sama ada menaiki kereta atau pun pengangkutan awam.

4. Dua perkara penting dalam aplikasi KL Tren adalah tempoh masa dan arah laluan. Itulah yang menjadi perkara utama dalam Zairoute 4.0 yang sedang dikemaskini mengunakan web kerana kod Android yang telah dibuat tidak sesuai untuk penambahan data kerana mengunakan fail-fail yang memerlukan masa yang lama untuk dikemaskini. Ini disebabkan oleh kesilapan semasa membuat rangka Zairoute memandangkan ianya adalah aplikasi pertama saya.

5. Perkara asas untuk Zairoute 4.0 telah pun disiapkan dan memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan sepenuhnya. Selepas itu barulah boleh fokus semula dengan Jawi Kufi Converter.

6. Menarik untuk difikirkan adalah pengaturcara biasanya tidak berminat mengunakan aplikasi orang lain jika aplikasi seumpamanya telah dibuat oleh pengaturcara tersebut. Ini berlaku tidak kepada saya seorang tetapi hampir semua pengaturcara yang telah membuat aplikasi sendiri dan semestinya akan mengunakan aplikasi sendiri walau pun ianya tidak selengkap aplikasi orang lain.

7. Kalau tidak lengkap, pengaturcara akan cuba menambahbaik aplikasinya untuk menjadikannya ia lebih baik dan sempurna untuk digunakan olehnya dan juga orang lain.

8. Ralat Android dalam Ubuntu sedikit sebanyak menyebabkan saya sedikit rimas daripada membuat aplikasi Android secara lebih kerap. Ini menyebabkan saya mengambil keputusan membangunkan aplikasi dalam PHP kerana mudah untuk debug dan pengujian.

9. Ada dua aplikasi yang saya sedang cuba siapkan iaitu Zairoute 4.0 dan Jawi Kufi Converter 1.0. Sebenarnya saya tidak terfikir untuk menambahbaik Zairoute tapi apabila difikirkan ianya tidak sempurna tanpa tempoh masa memandangkan aplikasi-aplikasi lain seumpamanya sudah sedia ada fungsi tersebut.

10. Apa juga azam anda yang belum selesai, masih belum terlewat untuk dibereskan. Don't wait until tomorrow for the tasks that can be finished today. Cause tomorrow we may be busy for some other things.

#zairo