Friday, March 11, 2016

425. Jawi Converter

1. Asalnya saya mahu mencari huruf-huruf yang betul dalam Jawi bagi satu perkataan untuk membuat khat Kufi. Jenuh mencari aplikasi dalam laman web dan telefon pintar Android yang sesuai akan tetapi tidak berhasil.

2. Antara laman web yang bagus untuk tukar Rumi ke Jawi adalah ejawi.net dan jawi.ukm.my. Biasanya mereka mengunakan kamus dan formula untuk menghasilkan bacaan tepat. Biasanya kebanyakan aplikasi tidak dapat menukar nama dengan baik kerana perlukan data kamus bahasa Arab. Namun ini perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.

3. Lalu timbul idea untuk membuat sendiri tukar Rumi ke Jawi. Idea memang murah tapi untuk melaksanakannya satu hal yang lain. Selepas menyiapkan asas typeface Jawi, sudah boleh dapatkan Kufi Linear daripada output. Cuma untuk mendapatkan huruf-huruf yang betul itu ada kalanya sedikit sukar.

4. Setelah beberapa bulan penyiapan tukar Rumi ke Jawi yang saya letakkan dalam Zairotask, akhirnya saya berjaya menjumpai formula-formula yang sesuai untuk digunakan sebagai asas. Kemudian ditambah hukum-hukum dalam Jawi dan ditambah preset data yang akan ditambah dari semasa ke semasa untuk menghasilkan bacaan yang persis lagi jitu dalam menukar Rumi ke Jawi.

5. Sebelum menyiapkan dalam Android, saya membuat dalam PHP kerana mudah untuk saya 'trial and errors'. Selepas siap baru saya menukar daripada PHP ke Java Android.

6. Ada 2 modul saya buat iaitu modul 'Jawi to Kufi' dan 'Rumi to Kufi'. 'Jawi to Kufi' untuk yang sudah pakar dalam Jawi dan boleh terus menaip Jawi dan output dalam Kufi boleh dikongsi ke dalam gambar atau pun kongsi teks ke media sosial seperti Twitter, Telegram, Whatsapp  dan FaceBook.

7. 'Rumi to Kufi' paling mencabar dibuat kerana mengunakan formula, tidak seperti 'Jawi to Kufi' yang hanya mengunakan font kufi yang telah saya siapkan sebelum ini.

8. Menyiapkan modul 'Jawi Converter' membolehkan saya mempelajari Jawi dengan lebih baik kerana saya perlu mengetahui hukum-hukum dan peraturan yang ada dalam tulisan Jawi untuk menghasilkan aplikasi seperti ini.

9. Terima kasih kepada semua penguji aplikasi 'Jawi Converter'. Anda semua mempercepatkan proses menyiapkan aplikasi 'Jawi converter'.

10. Oh ya, saya membuat kelainan di mana Rumi ditukar kepada Jawi dan seterusnya paparan output adalah dalam tulisan Kufi. Namun jika klik pada 'Salin Teks' ianya hanya salin teks tanpa font Kufi kerana secara umumnya aplikasi-aplikasi lain tidak ada font Kufi dan memaparkan dalam bentuk Jawi biasa. Apabila disimpan sebagai gambar, maka tulisan dalam bentuk Jawi Kufi 'overlay' pada gambar.

11. Aplikasi 'Jawi Converter' ini boleh didapati di Google Play dalam aplikasi Zairotask. Ada banyak modul di dalamnya kerana aplikasi ini bersifat 'mix and match'. Ada 2 modul berkaitan Jawi di dalamnya iaitu 'Jawi to Kufi' dan 'Rumi to Kufi'. 'Jawi Converter' adalah dalam 'Rumi to Kufi'.

#zairo