Saturday, May 14, 2016

427. Don't Be Evil

1. Melihat statistik di Github, baru perasan rupanya aktif juga saya dalam Github. Sebenarnya saya mengemaskini font jawi kufi dan rumi sehingga ianya menjadi sempurna seperti sekarang.

2. Selepas siap font jawi kufi, saya ingin menyiapkan modul Jawi Kufi dalam aplikasi Zairotask. Nampak macam saya mengambil masa yang lama sebelum meneruskan usaha menyiapkannya. Namun berpindah kerja memerlukan saya memberikan sepenuh perhatian dan fokus untuk memahami apa yang sepatutnya.

3. Sebab itu saya kurang berminat untuk berpindah-pindah kerja kerana banyak perkara yang perlu dipelajari. Menariknya apabila dapat mempelajari perkara baru dan kebanyakkannya perkara adalah tren terkini dan ini sungguh mengujakan.

4. Pencapaian Rubik saya sekitar 1 minit 30 saat secara purata. Sekali saya berjaya menyelesaikan Rubik dalam 57 saat namun ianya lebih kepada nasib semata, erk.

5. Sasaran tahun ini untuk menyiapkan sepenuhnya Converter Jawi Kufi. Modul asas Jawi Kufi dalam telefon pintar berjaya disiapkan selama sebulan lebih. Ianya sangat mempesonakan kerana beberapa percubaan yang saya gagal tidak mematahkan semangat saya untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

6. Buat masa ini hanya satu aplikasi yang saya berminat untuk tambahbaik, ianya adalah modul Jawi Kufi dalam Zairotask. Aplikasi-aplikasi lain yang pernah saya bangunkan sebagai hobi, saya tidak berminat untuk kemaskini kerana untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna, ianya memerlukan fokus dan usaha yang berterusan hingga benar-benar siap.

7. Memang banyak cadangan daripada email dan di Google Play namun untuk menjayakan sesuatu perkara kadang-kadang kita terpaksa melupakan harapan orang lain, erk.

8. Dalam aplikasi Zairopray, perlu difahami cara penggunaannya yang betul. Jika berada di masjid, aplikasi Zairopray tidak perlu digunakan kerana waktu di masjid lebih utama. Jika berada di luar kawasan, dan memerlukan solat di awal waktu maka di sini Zairopray digunakan. Kelewatan 1 minit hingga 5 minit tidaklah menjadi soal jika anda berada di luar kawasan untuk urusan kerja atau pun melancong.

9. Apabila tibanya bulan Ramadhan, ianya sama seperti penjelasan di atas. Usahlah terlalu khuatir kerana jika Zairopray tidak memenuhi keperluan anda, masih banyak lagi aplikasi-aplikasi seumpamanya yang menawarkan fungsi-fungsi yang sepertinya seperti Malaysia Prayer Time, MySolat dan iSolat.

10. Syukur, Alhamdulillah.

#zairo