Friday, January 6, 2017

435. Omel

1. Tahun baru membawa kepada AZAM baru atau pun azam lama yang diperbaharui. Ada yang tulis dalam media sosial dan ada yang semat dalam hati sahaja. Apa pun, semoga semua impian anda dan saya terlaksana, InshaAllah.

2. Berbanding tahun-tahun lepas, saya akan cuba mengelak daripada membuat aplikasi atau pun modul baru. Ini untuk memberikan fokus kepada modul Jawi Kufi. Kejayaan dicapai dengan fokus pada satu perkara dan membuatnya BERKALI-KALI seperti yang dibuat oleh Thomas Alva Edison dalam mencipta mentol lampu yang memerlukan lebih daripada 1,000 percubaan.

3. Moto G4 saya masih belum boleh dikemaskini kepada NOUGAT. Tidak tahu sama ada telefon pintar saya memang tidak boleh kemaskini atau pun pihak Lenovo/Motorola yang masih dalam penyiapan.

4. Ada 3 pendekatan aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi sama ada
a. Kamus dahulu kemudian formula
b. Formula dahulu kemudian kamus
c. FORMULA DAN KAMUS disiapkan serentak
Pendekatan saya adalah formula dan kamus disiapkan serentak. Kalau kamus sahaja ianya tidak sempurna kerana ada banyak perkataan jawi yang tidak disertakan dalam aplikasi tersebut contohnya sepahtu. Kalau formula sahaja banyak salahnya kerana perkataan jawi yang berasal dari Arab misalnya agak mustahil jika diguna formula kerana berlainan dengan algoritma jawi itu sendiri contohnya hakikat.  Perlu gabungkan formula dan kamus kerana kedua-duanya saling melengkapi.

5. Ada juga terfikir untuk buat PAPAN KEKUNCI ringkas sendiri akan tetapi masa itu wajar digunakan untuk menyiapkan Jawi Kufi kerana masih banyak lagi kesilapan yang perlu diperbaiki dan penambahbaikan perlu diteruskan dengan usaha yang gigih.

6. Di awal tahun juga saya mengemaskini ralat dalam APLIKASI Zairoliday, Zairopray dan Zairotask. Zairoliday dan Zairopray mungkin tidak akan ada banyak penambahbaikan selepas ini. Zairotask pula memerlukan kemaskini dari semasa ke semasa untuk Jawi Kufi.

7. Untuk sekian lama saya mengunakan FORMAT MASA 24 jam dalam telefon pintar. Kebelakangan ini saya merasakannya tidak sesuai digunakan lagi dan bertukar kepada sistem 12 jam. Apabila menggunakan sistem 24 jam, kita selalu memproses dalam minda daripada sistem 24 jam kepada 12 jam. Contohnya 18:00 menjadi 6 petang. Ini lebih mudah jika menggunakan sistem 12 jam di mana tidak perlu membuat sebarang pengiraan dalam minda.

8. Berjumpa sifu tempoh hari menyelesaikan satu perkara. Tidak semua perkara kita boleh selesaikan sendiri. Ada perkara perlu merujuk kepada yang pakar. Kalau tidak tahu, tanyalah kepada yang tahu.

9. Saya bukan pembangun Android SEJATI. Saya cuma menggunakan Android untuk menyiapkan beberapa modul sebagai hobi yang saya gunakan setiap hari dalam kehidupan. Persekitaran kerja saya lebih kepada PHP dan Laravel. Tidak rugi fokus kepada 2 bahasa pengaturcaraan kerana banyak perkara yang boleh dipelajari.

10. Kita hanya MERANCANG dan Allah yang menentukan segalanya.

#zairo