Sunday, July 2, 2017

442. Welcome Back, Nokia

1. Saya baru membeli telefon (selepas) Raya iaitu Nokia 5 yang berharga
RM799. Setelah trade-in telefon semasa saya iaitu Moto G4 Plus dengan harga RM350 (Asalnya RM400 tapi tak bawa charger tolak RM50), saya perlu membayar sebanyak RM450. Setelah ditambah RM19 untuk screen protector, jumlah keseluruhan perlu dibayar adalah RM469 (+).

2. Saya membuat perkiraan untuk menukar telefon baru sejak sebelum Hari Raya lagi. Setelah berhari Raya, saya meneruskan niat ini kerana untuk mendapatkan telefon dengan ciri magnetometer (kompas) kerana Moto G4 Plus tiada ciri ini (+).

3. Selain itu saya juga ingin menyokong Nokia, sebuah syarikat yang saya pernah dianggap sebagai peminat setia Nokia oleh beberapa orang rakan ofis lama saya kerana ketika itu saya menggunakan Nokia N900 (Telefon Linux) di ketika hampir semua orang menggunakan iPhone, Android dan Blackberry (=).

4. Satu ciri penting telefon pintar Nokia Android adalah ianya adalah stok Android seperti yang ada dalam Morotola Android (=).

5. Satu ciri menarik yang saya perhatikan adalah telefon ini mempunyai speaker yang sangat kuat - tipikal Nokia (+).

6. Didatangkan dengan Android 7.1.1 (Nougat) iaitu versi terkini yang ada dalam OS Android. Moto G4 Plus didatangkan dengan 6.0 tetapi boleh dikemaskini kepada Nougat (=).

7. Kamera hadapan 8MP dan kamera belakang 13MP berbanding Moto G4 Plus 5MP kamera hadapan dan 13MP kamera belakang (+).

8. Bateri dikuasakan dengan 3000mAh sama seperti Moto G4 Plus (=).

9. Mempunyai fingerprint sensor sama seperti Moto G4 Plus (=).

10. RAM 2GB berbanding Moto G4 Plus dengan 3GB RAM (-).

11. Cakera keras 16GB berbanding Moto G4 Plus iaitu 32GB (-).

12. Skrin 5.2 inci berbanding 5.5 inci Moto G4 Plus (-).

13. Nampak seperti downgrade phone akan tetapi saya melihat daripada sudut yang berbeza. Dengan 4+ 3- 5= ianya masih boleh dianggap berbaloi, Alhamdulillah.

14. Untuk rekod, Nokia telah mengeluarkan 3 model serangkai iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 di mana Nokia 3 adalah low end, Nokia 5 adalah middle end dan Nokia 6 adalah high end.

#zairo