Saturday, August 5, 2017

443. Tahajjud

1. Dua tiga minggu ini saya membuat kajian berkaitan waktu yang sesuai untuk tidur supaya dapat bangun malam untuk menunaikan solat Tahajjud pada waktu 1/3 malam.

2. Saya juga bertanya kepada beberapa rakan tentang waktu yang disyorkan untuk bangun malam dan rata-rata memberikan cadangan seperti tidur pukul 10.45 malam dan bangun pukul 4.30 pagi.

3. Setelah diteliti tiada waktu yang khusus untuk pukul berapa yang perlu mula tidur dan bangun. Oleh itu saya membuat satu senarai waktu yang bermula selepas tamatnya solat jemaah Isyak hingga pukul 12.15 tengah malam sahaja.

4. Waktu ini juga mengambil kira jika di kawasan yang waktu Isyak bermula pukul 7 lebih maka waktu mula masuk tidur boleh digunakan ialah 8.15 malam hingga 11.15 malam. Jika di kawasan yang waktu Isyak bermula pukul 8 lebih maka waktu masuk tidur yang tertera adalah 9.15 malam hingga 12.15 malam.

5. Dengan merujuk kepada sleepyti.me, sleepcalculator.com dan aplikasi seumpamanya, hasil kajian yang mereka gunakan mendapati purata waktu untuk masuk tidur dan terlena adalah 14 minit. Jadi saya bundarkan kepada 15 minit sebagai perkiraan mudah bersama 4.5 jam atau 6 jam untuk mendapatkan waktu bangun tidur.

6. Ada 2 jangka waktu yang saya syorkan iaitu 4.5 jam dan 6 jam. Kalau diikutkan kajian, dicadangkan 5 hingga 6 kitaran setiap hari di mana 1 kitaran adalah 90 minit, maka 5 kitaran mengambil masa 7.5 jam dan 6 kitaran adalah 9 jam.

7. Contohnya jika memilih waktu masuk tidur pukul 12.15 tengah malam dan jangka masa tidur sebagai 6 jam, aplikasi akan automatik menukar kepada 4.5 jam kerana jika 6 jam membawa kepada pukul 6.30 pagi dan sudah terlepas waktu Tahajjud. Jika 4.5 jam maka akan membawa kepada pukul 5 pagi.

8. Terdapat countdown untuk waktu 'Time to Sleep' untuk memudahkan kita supaya tidak terlepas waktu tidur yang telah disetkan.

9. Untuk bangun tidur, ada penggera disediakan jika disetkan jangka waktu tidur.

10. Maka terhasillah satu modul baru dalam aplikasi Zairopray iaitu penggera waktu untuk bangun solat Tahajjud yang hanya membenarkan diset kepada waktu sebelum Imsak.

#zairo