Thursday, August 24, 2017

444. Erti

1. Beberapa kali percubaan 'on' dan 'off' untuk membuat antaramuka papan kekunci QWERTY alternatif tetapi gagal kerana lambat dalam mencari kekunci untuk ditaip.

2. Antara antaramuka kekunci yang saya pernah cuba adalah 7 kekunci sebaris dan 8 kekunci sebaris dan didapati sukar untuk menaip dengan pantas selepas beberapa kali percubaan.

3. Susunan QWERTY adalah popular kerana pengguna sudah biasa dengannya sama ada di laptop atau pun telefon pintar.

4. Susunan antaramuka QWERTY mempunyai 3 baris iaitu
a. Baris atas: Q W E R T Y U I O P
b. Baris tengah: A S D F G H J K L
c. Baris bawah: Z X C V B N M

5. Dengan saiz skrin yang terhad pada telefon pintar, menggunakan antaramuka QWERTY ada kalanya tersilap pada masukkan data kerana QWERTY mempunyai 10 kekunci maksima per baris. Ini menyebabkan banyak aplikasi papan kekunci pihak ketiga yang menawarkan pilihan seperti 5 kekunci sebaris, 6 kekunci sebaris dan sebagainya.

6. Kemudian saya terfikir, cara terbaik adalah dengan mengasingkan kepada satu baris untuk aksara yang paling jarang digunakan. Daripada https://en.oxforddictionaries.com/explore/which-letters-are-used-most didapati 7 aksara yang paling jarang digunakan dalam Bahasa Inggeris adalah Q, J, Z, X, V, K dan W.

7. Tujuh aksara tersebut saya letakkan dibaris kedua dari atas kerana baris paling atas kita sudah biasa dengan susunan aksara-aksara QWERTY.

8. Huruf P saya letakkan di baris bawah untuk menjadikan baris atas adalah 7 aksara.

9. Maka terhasilah antaramuka papan kekunci yang baru yang saya namakan ERTYUI iaitu
a. Baris atas: E R T Y U I O
b. Baris kedua dari atas: Q W Z X V J K
c. Baris tengah: A S D F G H L
d. Baris bawah: C B N M P
Keseluruhan kekunci yang berubah tempat daripada QWERTY asal adalah cuma 8 kekunci. Ianya hanya menggunakan perubahan minima daripada QWERTY supaya pengguna tidak merasa sukar menggunakan antaramuka papan kekunci ERTY. Setakat menggunakan aplikasi ini dalam 1 hari saya sudah pun dapat membiasakannya dalam tempoh singkat dan ianya sangat selesa digunakan.

10. Antaramuka papan kekunci utama dalam Jawi Kufi masih lagi QWERTY dan ERTYUI merupakan alternatif kepada QWERTY untuk yang menghadapi masalah menaip menggunakan QWERTY. Untuk menggunakan antaramuka ERTYUI, tekan pada kekunci XL yang terdapat pada papan kekunci Rumi dan Jawi. Selamat mencuba :)

p/s Aplikasi Jawi Kufi v4.9 telah dikemaskini dengan antaramuka papan kekunci alternatif ini.

#zairo