Thursday, July 18, 2019

464. Mi Band 3

1. Saya baru membeli Mi Band 3 di ketika Mi Band 4 dilancarkan secara rasmi namun masih belum boleh dibeli secara rasmi di Malaysia kecuali pembelian dalam talian.

2. Harga rasmi ialah RM129 di mana saya membelinya di kedai Xiaomi di IOI Mall Putrajaya.

3. Pengecas bateri menggunakan USB yang boleh disambungkan kepada pengecas telefon USB.

4. Tujuan saya membelinya kerana ingin menggunakan sebagai jam di samping penggera untuk bangun tidur yang lebih efektif kerana gegeran yang ada padanya membantu untuk bangun tidur dengan berkesan.

5. Salah satu ciri utama adalah Step iaitu mengukur berapa langkah kita bergerak. Mengikut WHO, setiap hari kita perlu berjalan selama 40 minit atau pun 8000 langkah.

6. Selepas 5 hari menggunakannya, saya boleh katakan ianya adalah satu produk yang berkualiti daripada Xiaomi. Rakan-rakan saya ramai yang sudah membelinya sejak keluaran Mi Band 2 iaitu model pertama yang mempunyai antaramuka jam berbanding sebelumnya yang hanya ada isyarat berupa warna.

7. Fitness Tracker ini jauh lebih baik daripada Smart Watch kerana baterinya mampu bertahan dikatakan selama 20 hari berbanding Smart Watch yang perlu dicas setiap hari.

8. Apapun, smart watch dan smart band merupakan aksesori tambahan kepada telefon pintar dan bukannya mengantikan telefon pintar. Walau bagaimana pun, smart band dapat berfungsi secara besendirian tanpa sambungan bluetooth dengan telefon pintar. Sambung hanya diperlukan untuk permulaan sahaja dan juga ketika mahu mengeksport data daripada smart band ke telefon pintar.

9. Saya sudah lama tidak memakai jam tangan dan memakai smart band sebagai jam tangan nampak lebih anggun.

10. Satu lagi fungsi menarik adalah laporan jangkamasa tidur iaitu deep sleep dan light sleep setiap hari. Ini amat membantu untuk kita mengenalpasti corak tidur sama ada kita mempunyai tidur yang cukup atau pun tidak.

#zairo