Saturday, September 7, 2019

465. Tulisan Jawi

1. Alhamdulillah, buat pertama kalinya jumlah pengguna aplikasi Jawi Transliterasi mengatasi jumlah tertinggi yang pernah diraih oleh aplikasi Zairopray saya yang pernah menjadi aplikasi paling ramai pengguna muat turun berbanding semua aplikasi saya yang lain.

2. Ini berlaku kerana fenomena tulisan Jawi yang sebulan dua ini kerap diperkatakan di media sosial.

3. Selain itu, ia juga disebabkan oleh saya yang kerap membuat pemasaran Jawi Transliterasi kepada golongan sasar dengan berkongsi di Twitter pautan Jawi Aplikasi untuk dimuat turun.

4. Niat saya lebih kepada menolong orang yang memerlukan bantuan dalam pencarian aplikasi Rumi ke Jawi. Cara terbaik menaip dalam Rumi dan output adalah dalam Jawi. Ini lebih menjimatkan masa berbanding menaip dalam Jawi yang sememangnya ada nilai yang tersendiri.

5. Aplikasi Jawi Kufi merupakan sebuah aplikasi papan kekunci yang menggabungkan data kamus dan algoritma untuk menukar input Rumi kepada output Jawi yang lebih tepat 99.9 peratus. Ini bermaksud dalam 1000 perkataan yang ditaip, cuma 1 perkataan yang salah transliterasinya dan perkataan itu adalah yang tidak difokuskan dalam Jawi Transliterasi seperti istilah-istilah dalam perubatan, sains dan sebagainya.

6. Teknik seperti ini memang banyak dilakukan dalam aplikasi berasaskan web namun untuk aplikasi papan kekunci Android mungkin Jawi Transliterasi merupakan aplikasi yang pertama.

7. Data kamus digunakan untuk perkataan lampau hukum Jawi seperti perkataan Arab, Inggeris dan Melayu. Untuk perkataan bahasa Melayu yang mengikut hukum Jawi, algoritma digunakan.

8. Apa kelebihan Jawi Transliterasi? Keutamaan adalah seberapa tepat banyak perkataan dapat ditransliterasi dan ini menjadi keutamaan Jawi Transliterasi.

9. Jawi Transliterasi juga dapat menukar nama daripada Rumi ke Jawi untuk banyak perkataan. Ini sedang ditambahbaik daripada semasa ke semasa.

10. Sebenarnya sebelum ini saya telah membuat keputusan daripada mengemaskini Jawi Transliterasi kepada mengemaskini Mujur Planner. Namun saya kembali semula kepada Jawi Transliterasi kerana seakan ada perjuangan yang masih belum selesai. Selepas saya berpuas hati dengan Jawi Transliterasi barulah saya kembali semula kepada Mujur Planner atau aplikasi yang lain pula, InshaAllah.

#zairo