Saturday, November 30, 2019

467. Twenty 20

1. Macam biasa penghujung tahun adalah entri untuk saya RUMUSKAN apa yang telah dibuat sepanjang tahun ini (2019).

2. Untuk tahun ini, saya menukar TELEFON PINTAR daripada Nokia 5 kepada Nokia 2.1 dan seterusnya menggunakan Realme C1. Harga asal RM450 tapi membeli dengan harga RM299 kerana menggunakan pelan telco (Termasuk bayaran pendahuluan RM100 mewakili 2 bulan pertama). Harga telefon yang saya bayar cuma RM99.

3. Saya mula membuat aplikasi PLANNER bernama Mujur Planner yang dikembangkan daripada aplikasi Zairotask.

4. Saya membuat senarai KATEGORI untuk data dalam telefon, laptop, emel dan planner.

5. Saya membeli Mi Band 3, sebuah jam tangan untuk KECERGASAN berharga RM129.

6. Buat pertama kalinya JUMLAH PENGGUNA aplikasi Jawi Transliterasi mengatasi jumlah tertinggi yang pernah diraih oleh aplikasi Zairopray saya yang pernah menjadi aplikasi paling ramai pengguna muat turun berbanding semua aplikasi saya yang lain.

7. Jawi PRO berharga RM4.99 mula diluncurkan di Google Play.

8. Secara rasminya saya telah SELESAI dengan aplikasi Jawi Transliterasi. Tiada lagi modul baru yang ditambah. Kemaskini yang ada hanyalah pembetulan ejaan yang salah dalam Jawi.

9. Untuk 2020, saya belum ada kata putus untuk projek terbaru. Mungkin mengemaskini font Jawi Kufi dengan menambah HARAKAT. Saya sudah membuat sedikit percubaan dan ternyata ianya mengambil masa yang lama dan saya putuskan untuk dibuat pada tahun 2020, InshaAllah.

10. Saya juga ada membuat aplikasi AL-QURAN. Naskah Al-Quran memerlukan semakan daripada KDN sebelum ianya diluncurkan dalam Google Play.

#zairo