Tuesday, July 28, 2020

474. Emoji

1. Untuk pertama kalinya blogger.com sudah mesra telefon pintar dengan paparan web untuk telefon pintar. Jadinya, memudahkan untuk kemaskini blog daripada telefon pintar. 
 
2. Idea untuk memasukkan emoji dalam papan kekunci Jawi Pro sudah lama cuma belum jumpa cara terbaik untuk melakukannya. 

3. Akhirnya, emoji telah pun dimasukkan dalam Jawi Pro versi 2.6 pada hari ini. 

4. Proses memilih cara terbaik bukanlah mudah. Ada 2 pilihan yang ada iaitu
a. Menggunakan library emoji yang ada di github.
b. Membuat sendiri emoji.

5. Saya lebih cenderung untuk membuat sendiri emoji iaitu mencari unicode untuk setiap emoji yang diperlukan. 

6. Mulanya emoji juga diguna pada antaramuka papan kekunci dan didapati terlalu kecil. Ini diselesaikan dengan muat turun icon emoji. 

7. Mulanya saya ada 28 emoji yang merupakan hasil carian emoji 'how are you feeling today' namun ianya masih tidak mencukupi untuk merangkumi semua emoji yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang. 

8. Saya menambah lagi 31 emoji menjadikan ianya sebagai tapak permulaan emoji dalam Jawi Pro. 

9. Beberapa emoji lagi mungkin ada ditambah dari semasa ke semasa dan saya menjangkakan ianya tidak akan melebihi 100 emoji. 

10. Saya mencari set emoji yang popular untuk tahun tertentu dalam Twitter, Facebook, dan media sosial yang lain untuk melengkapkan emoji dalam Jawi Pro. Hasilnya, Alhamdulillah memenuhi keperluan saya dan diharapkan juga pengguna Jawi Pro dapat menggunakan emoji yang ada ini tanpa perlu membuka papan kekunci lain. 

Saturday, July 11, 2020

473. File and Folder

1. Kita perlu menyusun fail dan folder dalam laptop dengan kemas supaya proses mencari fail di kemudian hari akan lebih efisien. Mungkin ada ketika boleh menggunakan carian namun apabila terlupa kata kunci yang diperlukan maka ianya adalah sukar.

2. Terdapat banyak cara menyusun fail dan folder yang boleh ditemui dalam Internet namun saya mempunyai cara saya sendiri untuk menyusun fail dan folder yang banyak dipengaruhi oleh kategori dalam Planner saya dan juga Git / SVN iaitu branches, tags dan trunk.
a. Branches atau dalam bahasa mudah adalah done.
b. Tags atau dalam bahasa mudah adalah kiv (keep in view).
c. Trunk atau dalam bahasa mudah adalah wip (work in progress).
Pada mulanya saya menggunakan branches, tags dan trunk namun ianya macam tak berapa kena. Jadinya saya menggunakan done, kiv dan wip.

3. Saya menyusun fail dan folder dalam kategori tertentu iaitu
a. Planner
    business
    event
    expense
    idea
    personal 
    home
    due and expiry
    groceries

b. Phone Home Screen
    business
    event
    expense
    idea
    personal

c. Phone Data
    ~/dropoff/biz_{company_name}/done
    ~/dropoff/biz_{aaa}/kiv_aaa
    ~/dropoff/biz_{bbb}/wip_bbb
    ~/dropoff/{user_name}/done_event
    ~/dropoff/{user_name}/kiv_expense
    ~/dropoff/{user_name}/wip_idea
    ~/dropoff/{user_name}/kiv_personal

d. Personal Email
    done_{done_name}
    kiv_{kiv_name}
    wip_{wip_name}

e. Office Email
    done_{done_name}
    kiv_{kiv_name}
    wip_{wip_name}

f. Personal / Office Laptop
    ~/dropoff/biz_{company_name}/done/_archives
    ~/dropoff/biz_{company_name}/done/_backups
    ~/dropoff/biz_{company_name}/kiv/_note
    ~/dropoff/biz_{company_name}/kiv/client
    ~/dropoff/biz_{company_name}/kiv/meeting
    ~/dropoff/biz_{company_name}/kiv/routine
    ~/dropoff/biz_{company_name}/wip/www
    ~/dropoff/{user_name}/done/_archives
    ~/dropoff/{user_name}/done/_backups
    ~/dropoff/{user_name}/done/event
    ~/dropoff/{user_name}/kiv/_note
    ~/dropoff/{user_name}/kiv/expense
    ~/dropoff/{user_name}/wip/idea
    ~/dropoff/{user_name}/kiv/personal
 
Sebenarnya ianya terpulang kepada anda untuk meletakkan kategori yang bersesuaian asalkan jangan terlalu rawak sehingga memeningkan anda mencari fail nanti.

4. Folder archives adalah tempat untuk menyimpan data yang telah selesai dan mungkin tidak akan digunakan lagi.

5. Folder backups adalah untuk menyimpan data sandaran seperti
a. app dalam bentuk fail installer
b. db
c. code
d. credential
e. config

6.  Saya lebih selesa menggunakan huruf kecil untuk semua nama folder.

7. Lama juga saya memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk menyusun fail dan folder dan akhirnya saya temui cara yang mudah digunakan, Alhamdulillah.

8. Cara penyusunan fail sebegini adalah flexible dan boleh digunakan sampai bila-bila tanpa kekangan masa dan tempat.

9. Ringkasnya, cara menyusun fail yang saya gunakan dalam laptop adalah
~/dropoff/biz_{company_name} or {user_name}/done, kiv or wip