Tuesday, July 28, 2020

474. Emoji

1. Untuk pertama kalinya blogger.com sudah mesra telefon pintar dengan paparan web untuk telefon pintar. Jadinya, memudahkan untuk kemaskini blog daripada telefon pintar. 
 
2. Idea untuk memasukkan emoji dalam papan kekunci Jawi Pro sudah lama cuma belum jumpa cara terbaik untuk melakukannya. 

3. Akhirnya, emoji telah pun dimasukkan dalam Jawi Pro versi 2.6 pada hari ini. 

4. Proses memilih cara terbaik bukanlah mudah. Ada 2 pilihan yang ada iaitu
a. Menggunakan library emoji yang ada di github.
b. Membuat sendiri emoji.

5. Saya lebih cenderung untuk membuat sendiri emoji iaitu mencari unicode untuk setiap emoji yang diperlukan. 

6. Mulanya emoji juga diguna pada antaramuka papan kekunci dan didapati terlalu kecil. Ini diselesaikan dengan muat turun icon emoji. 

7. Mulanya saya ada 28 emoji yang merupakan hasil carian emoji 'how are you feeling today' namun ianya masih tidak mencukupi untuk merangkumi semua emoji yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang. 

8. Saya menambah lagi 31 emoji menjadikan ianya sebagai tapak permulaan emoji dalam Jawi Pro. 

9. Beberapa emoji lagi mungkin ada ditambah dari semasa ke semasa dan saya menjangkakan ianya tidak akan melebihi 100 emoji. 

10. Saya mencari set emoji yang popular untuk tahun tertentu dalam Twitter, Facebook, dan media sosial yang lain untuk melengkapkan emoji dalam Jawi Pro. Hasilnya, Alhamdulillah memenuhi keperluan saya dan diharapkan juga pengguna Jawi Pro dapat menggunakan emoji yang ada ini tanpa perlu membuka papan kekunci lain.