Friday, July 23, 2021

485. Tools II

 1. Tahun 2020 saya ada menyenaraikan senarai aplikasi utama saya dalam Ubuntu, Mac dan Windows di http://jawikufi.blogspot.com/2020/11/476-tool.html . Untuk tahun 2021 ini mari kita lihat apa perbezaannya.

L = Linux, M = Mac, W = Windows


1. File Manager 

L. File (default)

M. Finder (default)

W. File Explorer (default)


2. SSH

L / M. Terminal 

W. Command Prompt, PuTTy


3. Version Control Client 

L. Terminal, Tig

M. Terminal, Tig, Source Tree

W. Source Tree, Tig


4. Web Browser

L / M / W. Chrome, Firefox


5. Development Environment

L / M / W. Sublime Text, Visual Studio Code


6. API Client

L / M / W. Insomnia, Postman, Advanced REST Client


7. Db Client

L. Beekeeper Studio

M. Beekeeper Studio, SequelPro

W. Beekeeper Studio, HeidiSQL


8. Messenger

L / M / W. Telegram, Whatsapp


9. MS Remote Desktop

L. Remmina

M. MS Remote Desktop

W. Remote Desktop


10. Office Suite

L. LibreOffice

M. LibreOffice, iWorks, MS Office

W. LibreOffice, MS Office


11. Local Web Server

L. LEMP, LAMP, Laravel Valet, XAMPP

M. Laravel Valet, MAMP, XAMPP

W. WIMP, WAMP, XAMPP


12. Collab Tool

L. Zeplin Web

M / W. Zeplin


13. Cloud Data

L. One Drive

M. One Drive, Google Drive, iCloud Drive 

W. One Drive, Google Drive 


14. Mobile Development

L / M / W. Android Studio

Saturday, July 17, 2021

484. Rubik 2x2 and 3x3x3

1. Rubik ada tengah (center), tepi (edge) dan bucu (corner) namun Rubik 2x2 cuma ada bucu sahaja.

2. Oleh itu formula yang diperlukan untuk menyelesaikan Rubik 2x2 adalah terhad kepada formula yang melibatkan bucu sahaja.

3. Langkah 1: Semua Putih pada permukaan bawah dan di kedudukan betul

    a. Kuning pada petak kanan-atas - RUR' 

    b. Kuning pada petak hadapan-atas - URU'R'

    c. Kuning pada petak atas-atas - (RU2R'U') RUR' 

4. Langkah 2: Semua Kuning pada permukaan atas ada 7 keadaan

    a. 1 kuning di bahagian atas-depan-kanan - Sune mirror

[    ][     ]

[    ][ Y ] 

-----

    b. 1 kuning di bahagian atas-depan-kiri - Sune

[     ][    ]

[ Y ][    ]

        -----

    c. Sune 

| [    ][    ] |

| [    ][    ] |

    d. Sune

         -----  

| [    ][    ]

| [    ][    ] 

         -----

    e. Sune

-----

[     ][ Y  ]

[     ][ Y  ]

-----

    f. Sune

[ Y ][ Y ]

[     ][    ]

-----  -----

  g. Sune

[ Y  ][    ]

[     ][ Y ]

-----  

5. Langkah 3: Semua kuning di kedudukan betul 

a. 2 posisi atas betul bersilang - (R'UL'U2) RU'L 2 times

[    ][ X ]

[ X ][    ]

b. 2 posisi atas betul bersebelahan - (RU'L'U) (R'U'2LU') (L'U'2L) 

[     ][ X ]

[     ][ X ]

p/s 2 Formula ini sama digunakan dalam Rubik 3x3 seperti dalam http://jawikufi.blogspot.com/2021/06/481-rubik-revisited.html bahagian e i dan ii.

6. Biasanya apabila menggunakan formula ini, anda sepatutnya boleh menyelesaikan Rubik 2x2 di bawah 30s.

483. Db Client

1. Kalau ada 1 aplikasi yang belum lengkap dalam Ubuntu, saya boleh nyatakan ianya adalah Db Client. Tapi itu hal kelmarin dan sebelum-sebelumnya.

2. Semalam 1 aplikasi dikongsikan oleh pihak Ubuntu dalam Twitter iaitu Beekeeper Studio yang mula dibangunkan sejak 2019. 

3. Ianya dibina menggunakan VueJs maka ianya lebih kepada aplikasi web namun tidak nampak seperti aplikasi web pun.

4. Antaramuka lebih mirip kepada SequelPro dan 2 pembangun tersebut membangunkan aplikasi itu kerana tiada aplikasi yang benar-benar mantap dalam persekitaran Linux.

5. Hinggakan saya sendiri pernah beberapa kali bercadang untuk membangunkan sendiri aplikasi Db client untuk kegunaan sendiri namun ianya terbatas kerana angan-angan tanpa usaha tidak akan menjadi kenyataan.

6. Antara aplikasi DB client untuk Linux yang biasa saya gunakan adalah Adminer dan SQuirrel SQL.

   a. Squirrel SQL dibina menggunakan Java dan ianya sering hang dan terpaksa restart beberapa kali setiap kali menggunakannya. 

   b. Adminer pula menggunakan PHP dan berasaskan web. Ianya mirip PHPMyAdmin - mudah digunakan cuma tidaklah selesa seperti menggunakan Sequel Pro dan HeidiSQL yang jauh lebih mudah untuk kerja-kerja pangkalan data.

7. Beekeeper Studio saya telah uji semalam dan didapati mempunyai ciri-ciri asas sebuah DB Client iaitu 

    a. Boleh sambung ke pangkalan data

    b. Papar senarai db, table dan data

    c. Boleh filter table

    d. Boleh buat query data

    e. Boleh buat filter data

    f. Boleh eksport data. Import data saya tak jumpa pula tapi itu biasanya saya gunakan Bash script.

8. Ketiadaan aplikasi yang sesuai untuk digunakan dalam membuat sesuatu tugasan boleh menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja daripada menggunakan Linux terutamanya Ubuntu sebagai sistem pengoperasian mereka.

9. Linux sememangnya lebih dipercayai dan digunakan dalam server, IOT dan sebagainya tetapi bukanlah dalam desktop. Namun pendapat ini berubah apabila Linux boleh digunakan dalam Windows sebagai subsistem.

10. Namun sebagai pengguna tegar Linux, menggunakan Linux secara terus tanpa membabitkan sistem pengoperasian lain menjadi keutamaan dan keselesaan. Antaramuka Ubuntu 20.04 lebih pantas daripada Windows 10 dan Ubuntu dapat dipasang pada mana-mana laptop berbanding Mac yang secara rasminya cuma boleh dipasang pada laptop Mac sahaja.

482. Android TV

 1. TV lama saya mengalami kerosakan di mana backlight perlu ditukar dan apabila ditanya di kedai baiki TV ianya berharga RM 350.

2. Lalu saya berpendapat ianya agak mahal dan lebih baik untuk membeli TV yang baru. Saya pun membeli Mi Smart TV 4A 32 inci daripada Shopee yang berharga RM 849 tidak termasuk penghantaran sebanyak RM 30.

3. Ianya merupakan jenis Direct LED. TV sebelum ini adalah LED.

4. Ia menggunakan sistem pengoperasian Android 9.0.

5. TV ini boleh digunakan mirroring dengan telefon pintar Android di mana TV akan memaparkan apa yang ada dalam telefon.

6. Ada gedung Google Play untuk memasang aplikasi tertentu sahaja yang dibenarkan.

7. Apabila disambung dengan WiFi, anda boleh melihat Youtube, Netflix dan beberapa aplikasi lain yang memerlukan internet.

8. Untuk kali pertama on TV ini perlukan menekan pada butang fizikal pada bawah bahagian tengah TV. Jika ini tidak dilakukan, anda tidak akan dapat menonton TV sampai bila-bila.

9. Remote Control menggunakan Bluetooth berbanding Infrared yang terdapat dalam TV biasa.

10. Remote Control menggunakan 2 bateri AAA dan bateri tidak disediakan.

11. Tiada kamera pada TV.

12. Stabil. Anda boleh menekan on pada remote TV atau Astro Njoy dahulu tapi ianya tidak memerlukan anda on off beberapa kali seperti pada TV saya yang lalu.

13. Satu lagi produk terbaik daripada Xiaomi. Setakat ini saya menggunakan produk Xiaomi

a. Papan kekunci Xiaomi

b. Telefon Xiaomi A3

c. Mini Speaker

d. Mi Smart TV 4A