Saturday, July 17, 2021

482. Android TV

 1. TV lama saya mengalami kerosakan di mana backlight perlu ditukar dan apabila ditanya di kedai baiki TV ianya berharga RM 350.

2. Lalu saya berpendapat ianya agak mahal dan lebih baik untuk membeli TV yang baru. Saya pun membeli Mi Smart TV 4A 32 inci daripada Shopee yang berharga RM 849 tidak termasuk penghantaran sebanyak RM 30.

3. Ianya merupakan jenis Direct LED. TV sebelum ini adalah LED.

4. Ia menggunakan sistem pengoperasian Android 9.0.

5. TV ini boleh digunakan mirroring dengan telefon pintar Android di mana TV akan memaparkan apa yang ada dalam telefon.

6. Ada gedung Google Play untuk memasang aplikasi tertentu sahaja yang dibenarkan.

7. Apabila disambung dengan WiFi, anda boleh melihat Youtube, Netflix dan beberapa aplikasi lain yang memerlukan internet.

8. Untuk kali pertama on TV ini perlukan menekan pada butang fizikal pada bawah bahagian tengah TV. Jika ini tidak dilakukan, anda tidak akan dapat menonton TV sampai bila-bila.

9. Remote Control menggunakan Bluetooth berbanding Infrared yang terdapat dalam TV biasa.

10. Remote Control menggunakan 2 bateri AAA dan bateri tidak disediakan.

11. Tiada kamera pada TV.

12. Stabil. Anda boleh menekan on pada remote TV atau Astro Njoy dahulu tapi ianya tidak memerlukan anda on off beberapa kali seperti pada TV saya yang lalu.

13. Satu lagi produk terbaik daripada Xiaomi. Setakat ini saya menggunakan produk Xiaomi

a. Papan kekunci Xiaomi

b. Telefon Xiaomi A3

c. Mini Speaker

d. Mi Smart TV 4A