Saturday, July 17, 2021

483. Db Client

1. Kalau ada 1 aplikasi yang belum lengkap dalam Ubuntu, saya boleh nyatakan ianya adalah Db Client. Tapi itu hal kelmarin dan sebelum-sebelumnya.

2. Semalam 1 aplikasi dikongsikan oleh pihak Ubuntu dalam Twitter iaitu Beekeeper Studio yang mula dibangunkan sejak 2019. 

3. Ianya dibina menggunakan VueJs maka ianya lebih kepada aplikasi web namun tidak nampak seperti aplikasi web pun.

4. Antaramuka lebih mirip kepada SequelPro dan 2 pembangun tersebut membangunkan aplikasi itu kerana tiada aplikasi yang benar-benar mantap dalam persekitaran Linux.

5. Hinggakan saya sendiri pernah beberapa kali bercadang untuk membangunkan sendiri aplikasi Db client untuk kegunaan sendiri namun ianya terbatas kerana angan-angan tanpa usaha tidak akan menjadi kenyataan.

6. Antara aplikasi DB client untuk Linux yang biasa saya gunakan adalah Adminer dan SQuirrel SQL.

   a. Squirrel SQL dibina menggunakan Java dan ianya sering hang dan terpaksa restart beberapa kali setiap kali menggunakannya. 

   b. Adminer pula menggunakan PHP dan berasaskan web. Ianya mirip PHPMyAdmin - mudah digunakan cuma tidaklah selesa seperti menggunakan Sequel Pro dan HeidiSQL yang jauh lebih mudah untuk kerja-kerja pangkalan data.

7. Beekeeper Studio saya telah uji semalam dan didapati mempunyai ciri-ciri asas sebuah DB Client iaitu 

    a. Boleh sambung ke pangkalan data

    b. Papar senarai db, table dan data

    c. Boleh filter table

    d. Boleh buat query data

    e. Boleh buat filter data

    f. Boleh eksport data. Import data saya tak jumpa pula tapi itu biasanya saya gunakan Bash script.

8. Ketiadaan aplikasi yang sesuai untuk digunakan dalam membuat sesuatu tugasan boleh menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja daripada menggunakan Linux terutamanya Ubuntu sebagai sistem pengoperasian mereka.

9. Linux sememangnya lebih dipercayai dan digunakan dalam server, IOT dan sebagainya tetapi bukanlah dalam desktop. Namun pendapat ini berubah apabila Linux boleh digunakan dalam Windows sebagai subsistem.

10. Namun sebagai pengguna tegar Linux, menggunakan Linux secara terus tanpa membabitkan sistem pengoperasian lain menjadi keutamaan dan keselesaan. Antaramuka Ubuntu 20.04 lebih pantas daripada Windows 10 dan Ubuntu dapat dipasang pada mana-mana laptop berbanding Mac yang secara rasminya cuma boleh dipasang pada laptop Mac sahaja.