Sunday, June 19, 2022

489. Twenty 22

Tahun 2021, beberapa perkara berjaya diselesaikan, Alhamdulillah.

1. Membeli TV Android yang berharga RM 849. 

2. Saya mencari-cari db client untuk digunakan dalam Ubuntu dan setakat artikel ini ditulis saya selesa menggunakan TablePlus. 

3. Saya menyenaraikan formula Rubik untuk digunakan dalam kedua-dua 2x2 dan 3x3x3 menggunakan formula yang sama.

4. Saya membeli papan kekunci luaran jenis Xiaomi Mijia Mi Wireless Silent Keyboard. Setelah setahun menggunakannya dah menggantikan bateri AAA baru, ianya adalah pembelian yang berbaloi, Alhamdulillah. Namun ini diperolehi setelah saya membeli 3 papan kekunci model lain yang tidak berapa selesa digunakan.

5. Penambahbaikan pada aplikasi Mujur menjadikan ia lebih selesa digunakan setiap hari. 

6. Untuk tahun ini, ianya lebih kepada membetulkan ralat yang terdapat dalam aplikasi Jawi Pro. Oleh kerana saya kerap menggunakannya, dapat diperhatikan kadang-kadang ada ralat yang menyebabkan pengalaman menggunakan Jawi Pro tidak selesa. Ianya telah dan sedang diperbaiki dari semasa ke semasa. 

7. Untuk memberikan fokus kepada Jawi Pro, saya telah melakukan beberapa perkara

a. Saya tidak lagi bermain catur dalam talian di mana semua aplikasi catur telah dinyahpasang.

b. Aplikasi Zairoliday telah dikeluarkan daripada Google Play.

c. Pembangunan font Jawi juga telah lama saya hentikan.

Ironinya tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk Jawi Pro kerana kesibukan dalam hal-hal yang lain. Namun saya boleh katakan fokus pada tahun ini untuk Jawi Pro adalah menambah lebih banyak nama yang boleh ditransliterasi kerana buat masa sekarang masih banyak nama yang biasa masih belum dapat ditransliterasi dengan baik.

8. Saya membeli telefon pintar 5G iaitu OnePlus Nord iaitu sebuah telefon kelas pertengahan namun mempunyai ciri-ciri premium. 

488. File and Folder (Part 2)

 1. Untuk folder, saya membahagikan kepada 3 iaitu

a. wip

b. kiv

c. done

2. Untuk nama fail, saya mencadangkan seperti berikut

a. {jenis_fail_dalam_3_aksara}_{nama_fail}_{tahun}{running-number}.{extention}

contohnya: 

img_dp_jk_202201.png

3. Ini secara default telah pun menyusun fail mengikut jenis fail (img, dat, etc) dan tahun bulan. Ini memudahkan mencari fail yang ingin anda kemaskini atau rujuk.

4. Menggunakan tahun bulan sebagai versi adalah lebih baik berbanding nombor sahaja kerana kita boleh tahu bila data dikemaskini dalam fail tersebut. 

487. 1+

1. Disember 2021 lalu, saya membeli telefon pintar OnePlus Nord iaitu sebuah telefon pintar 5G yang berharga RM1,399.

2. Notifikasi pada skrin dipaparkan secara penuh jadi anda hanya perlu melihat ke skrin tanpa menyentuh telefon pun.

3. Pemproses yang sangat laju sebagai contoh menggunakan telefon pintar saya yang lalu agak perlahan apabila klik pada Coin Reward dalam aplikasi Shopee tetapi tidak pada telefon ini.

4. Pengecasan yang pantas. 

5. Tangkap gambar secara pantas walau pun dalam keadaan yang tidak berapa terang.

6. Anda boleh mengubah wallpaper dan lock screen wallpaper.

7. Mempunyai alert slider secara fizikal di sebelah kanan bucu telefon yang nampak pelik pada mulanya namun sangat berguna apabila sudah terbiasa menggunakannya.

8. Dua kali tap untuk buka dan tutup skrin. Ini merupakan ciri penting yang malah vanila Android pun belum ada.

9. Tahan percikan air.

10. Kualiti bunyi sangat berkualiti malah anda boleh menggunakan speaker dalaman sahaja sebagai loud speaker untuk concal.

11. Pegang telefon dalam 40 darjah untuk melihat jam di skrin kunci untuk beberapa saat. 

12. Nombor 1 pada jam dalam jam di skrin lock adalah sentiasa berwarna merah sebagai simbolik OnePlus.

13. Mempunyai pilihan untuk corak gegaran dan intensiti. Ianya adalah pilihan yang jarang ada dalam telefon pintar Android lain.

14. Secara keseluruhan, ianya adalah telefon pintar yang sangat berbaloi untuk wang anda.


486. Ambiguity

1. Ada beberapa ambiguiti dan beberapa penyelesaian sudah terjawab untuk tulisan Jawi namun ada beberapa ambiguiti yang masih ada yang bagus jika dapat diselesaikan untuk membaca tulisan Jawi dengan lebih sempurna.

2. Untuk membezakan u dan o untuk ambiguiti secara pilihan sahaja, saya mencadangkan digunakan 

ۆ untuk o

و untuk u

Contohnya

Tiru تيرو

Tiro تيرۆ

3. Untuk membezakan e taling dan i untuk ambiguiti secara pilihan sahaja, saya mencadangkan digunakan

ې untuk e taling

ي untuk i

Contohnya

Sena سېنا

Sina سينا

4. Harus diingat cadangan ini hanya secara pilihan sahaja namun kalau ingin menggunakannya secara wajib, terpulang kepada pihak yang berwajib.