Sunday, June 19, 2022

489. Twenty 22

Tahun 2021, beberapa perkara berjaya diselesaikan, Alhamdulillah.

1. Membeli TV Android yang berharga RM 849. 

2. Saya mencari-cari db client untuk digunakan dalam Ubuntu dan setakat artikel ini ditulis saya selesa menggunakan TablePlus. 

3. Saya menyenaraikan formula Rubik untuk digunakan dalam kedua-dua 2x2 dan 3x3x3 menggunakan formula yang sama.

4. Saya membeli papan kekunci luaran jenis Xiaomi Mijia Mi Wireless Silent Keyboard. Setelah setahun menggunakannya dah menggantikan bateri AAA baru, ianya adalah pembelian yang berbaloi, Alhamdulillah. Namun ini diperolehi setelah saya membeli 3 papan kekunci model lain yang tidak berapa selesa digunakan.

5. Penambahbaikan pada aplikasi Mujur menjadikan ia lebih selesa digunakan setiap hari. 

6. Untuk tahun ini, ianya lebih kepada membetulkan ralat yang terdapat dalam aplikasi Jawi Pro. Oleh kerana saya kerap menggunakannya, dapat diperhatikan kadang-kadang ada ralat yang menyebabkan pengalaman menggunakan Jawi Pro tidak selesa. Ianya telah dan sedang diperbaiki dari semasa ke semasa. 

7. Untuk memberikan fokus kepada Jawi Pro, saya telah melakukan beberapa perkara

a. Saya tidak lagi bermain catur dalam talian di mana semua aplikasi catur telah dinyahpasang.

b. Aplikasi Zairoliday telah dikeluarkan daripada Google Play.

c. Pembangunan font Jawi juga telah lama saya hentikan.

Ironinya tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk Jawi Pro kerana kesibukan dalam hal-hal yang lain. Namun saya boleh katakan fokus pada tahun ini untuk Jawi Pro adalah menambah lebih banyak nama yang boleh ditransliterasi kerana buat masa sekarang masih banyak nama yang biasa masih belum dapat ditransliterasi dengan baik.

8. Saya membeli telefon pintar 5G iaitu OnePlus Nord iaitu sebuah telefon kelas pertengahan namun mempunyai ciri-ciri premium.