Sunday, January 2, 2011

309. Lebih Dari Sekadar Percuma

Perisian sumber terbuka adalah lebih dari sekadar percuma. Untuk sesetengah pihak ianya adalah satu keperluan walau pun untuk pihak lain tidak mengunakannya pun.

Ada tanggapan bahawa kita tidak dapat melaksanakan kerja dengan sempurna tanpa produk berbayar itu. Ini tidak tepat malah tersasar jauh kerana saya sudah mengunakan perisian sumber terbuka sejak 2 tahun yang lalu. Di negara kita dapat dilihat sudah ada kelompok yang berminat kepada perisian sumber terbuka terutamanya Linux Ubuntu, yang dicipta untuk memudahkan pengguna memahami cara pengunaannya dengan cepat.

Saya berjaya melenyapkan penggunaan cetak rompak beberapa tahun lalu. Dengan mengunakan perisian sumber terbuka, anda boleh membantu pembangun membetulkan pepijat jika ada dengan melapor kepada mereka sama ada dengan satu klik atau pun pergi ke forum mereka.

Mungkin ada sedikit kekecohan di dunia sumber terbuka apabila syarikat Oracle, yang diketahui tidaklah mesra sumber terbuka telah membeli syarikat Sun. Kesannya maka Open Office sudak ada cabang iaitu LibreOffice dan cabang MySQL pun muncul seperti MariaDB dan lain2.

Perisian sumber terbuka biasanya dibangunkan oleh para pengaturcara dari seluruh dunia. Mereka tidak dibayar pun tapi minat menyumbangkan sesuatu kepada dunia memberikan semangat kepada mereka berbuat sesuatu yang bermakna untuk dunia sejagat.

Perisian sumber terbuka akan terus berkembang dan menjadi semakin matang dan lebih mesra pengguna berbanding daripada awal penciptaannya. Linux akan terus menjadi ikon kepada perisian sumber terbuka dan akan semakin digemari oleh para pengguna di seluruh dunia.

Pengabungan Intel Moblin dan Nokia Maemo menjadi Meego memberi impak yang besar kepada persekitaran Linux. Linux kini tidak hanya dikenali pada pelayan dan PC tetapi disegani pada pasaran telefon bimbit. Android merupakan satu lagi cabang Linux yang dibangunkan oleh syarikat Google yang dikatakan menjadi dominan pada masa hadapan. Sama ada Meego oleh Nokia atau Android oleh syarikat2 lain seperti Samsung menguasai pasaran telefon bimbit masih menjadi persoalan yang menarik minat orang ramai untuk meneroka apa yang ditawarkan oleh kedua2 sistem pengoperasian tersebut.

#zairo