Sunday, February 27, 2011

317. Never Grow Old

Tujuan:
1. Memasang semula Linux untuk PC lama rakan saya.
2. Mengenalpasti distro Linux yang benar2 bermakna digunakan untuk PC lama.

Alat radas:
1. Telefon bimbit Nokia N900 untuk cari info dalam Internet.
2. Phone connector untuk sambungkan ke PC jika diperlukan.
3. CD ISO untuk Lubuntu 10.10, Zenwalk 5.2, SliTaz 1.0, Ubuntu 10.10, dll.

Kaedah:
1. On PC.
2. Tekan butang 'delete' untuk masuk skrin BIOS dan pastikan sistem akan baca CD-ROM dahulu kemudian cakera keras.
3. Masukkan CD dalam peranti CD.
4. Ikut arahan pada skrin.
5. Buka pelayar internet untuk cari maklumat langkah2 untuk pasang SliTaz pada cakera keras.
6. Buka terminal dan ikut langkah2 yang diperlukan.

Pemerhatian:
1. Kelajuan amat mempesonakan walau pun RAM cuma 512MB.
2. Banyak aplikasi pre install dan ini amat membantu untuk pengguna biasa.

Kesimpulan:
1. Linux memang terbukti sesuai untuk PC lama contohnya mengunakan distro SliTaz.

Itu setelah saya ringkaskan. Kronologi apa yang berlaku adalah macam2 hal jugak la:
1. Saya cuba masukkan CD tapi kesemua CD tidak dapat baca. Jadinya kena beli peranti CD-ROM baru.
2. Pergi beli peranti CD-ROM baru dan berjumpa rakan kepada rakan saya. Otai, semua benda dia tahu. Agak jarang saya jumpa orang seperti itu, hu2.
3. Cuba pasang Lubuntu 10.10 tetapi gagal.
4. Cuba pasang Zenwalk 5.2 tetapi gagal.
5. Cuba pasang SliTaz 1.0 dan berjaya masuk live CD. Terus pasang ke cakera keras.
6. Muatturun SliTaz 3.0 kerana versi terbaru itu semestinya lebih banyak aplikasi sedia ada dan yang boleh dipasang. 10 minit jer sudah siap muat turun. 'Burn' dalam CD dan sudah sedia untuk dipasang.
7. Pasang SliTaz 3.0 dan ianya berjaya membuktikan Linux amat berguna untuk PC lama. Syukur.

Tamat pencarian Linux untuk PC lama yang mengambil masa yang agak lama sebenarnya sejak 2 tahun lebih jugak la, hu2.

Kepulangan ke kampung selepas ini haruslah memasang SliTaz 3.0 untuk PC lama itu supaya tidaklah menjadi tukun semata2. Ada jugak kegunaannya seperti tengok video, dengar lagu, menaip surat, dan Internet. Aplikasi Open Office 3 juga berjaya dipasang dengan jayanya. Syukur.

#zairo

Saturday, February 19, 2011

316. Something in the Way

1. N900 dikatakan telefon bimbit terbaik yang pernah dihasilkan oleh Nokia setakat ini. Ianya direka khas untuk para geek IT yang kerap mengunakan terminal untuk kerja2 teknikal.

2. Hasil kejutan Jumaat 2 minggu lepas, kini Nokia mempunyai 3 sistem pengoperasian iaitu Symbian, Meego dan Windows Phone. Untuk rekod sebelum ini Nokia mempunyai 2 sistem pengoperasian iaitu Symbian untuk 'low end ' dan 'middle end device' manakala Meego untuk 'high end device'.

3. Nokia juga mempunyai banyak bahasa pengaturcaraan dan bingkai kerja untuk membangunkan aplikasi telefon bimbit seperti Qt, Qt WRT, Qt QML, Carbide, GTK+, Python, dll. Ketidakfokusan ini sedikit sebanyak memberi kebebasan kepada para pengaturcara akan tetapi menyebabkan kematangan bingkai kerja agak kureng.

4. Walau apa pun hala tuju Nokia selepas ini, aplikasi sumber terbuka tidak pernah lenyap di muka bumi kerana akan sentiasa ada cabang yang bakal direka oleh para pembangun sistem demi kelangsungan masyarakat sejagat.

5. Nampaknya kebelakangan ini saya banyak bercerita pasal Nokia dan N900. N900 adalah telefon bimbit pertama di dunia yang betul2 menyamai konsep sumber terbuka Linux.

6. Saya telah mengeyorkan kepada rakan2 sebelum saya membeli N900. Selepas membelinya, saya mendapati ianya amat baik dan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan laptop kecuali skrinnya yang lebih kecil. Hingga kini saya masih mengesyorkan kepada rakan jika ada yang berminat membelinya.

7. Mengikut konsep sumber terbuka, sistem pengoperasian boleh ditingkat naik secara percuma. Kebiasaannya tidak perlu menukar perkakasan akan tetapi akan sampai masa perlu juga menukar perkakasan untuk mendapatkan ciri2 terbaru yang ditawarkan. Ini memberi lebih nilai kepada para pengguna.

8. Esok saya akan memasang Linux Lubuntu untuk PC rakan saya. Tidak ada masa yang cukup untuk mengkaji distro lain. Hasil laporan akan dikemaskini untuk entry blog berikutnya.

9. Ya agak sibuk dua tiga menjak ni tapi agak menarik mengekalkan kemaskini blog setiap minggu.

10. Banyak yang perlu dipelajari dalam proses menyiapkan kerja. Semoga dapat mengapai semua azam dan impian saya untuk tahun ini yang hanya terlakar secara jelas di kotak minda ini.

#zairo

Saturday, February 12, 2011

315. Ralit yang Melarat Meralatkan

Minimum untuk kekal dalam sesebuah syarikat dikatakan 2 tahun. Ini ada benarnya kerana dalam masa 2 tahun biasanya seseorang itu telah melalui seluruh proses penyiapan sistem atau bidang kerja yang diceburi. Akan tetapi jika dapat terus berkhidmat dengan syarikat yang sama selama yang mungkin lebih wajar berbanding menjadi nomad. Tambahan jika sudah ada keluarga, banyak faktor perlu diambil kira bukan sekadar pengetahuan baru dan pengalaman baru yang dicari semata2.

Minimum untuk kekal dengan satu2 telefon bimbit agaknya berapa tahun? 2 tahun bolehlah dianggap munasabah kerana berbaloi dengan wang yang digunakan untuk membelinya dan bagi yang membeli secara ansuran maka tamatlah sudah bayaran bulanan sebelum membeli telefon bimbit baru. Saya membeli N900 pada 1 Mei 2010 maka 1 Mei nanti genap setahun saya mengunakan telefon bimbit tersebut.

Sedang menunggu servis kereta siap sebenarnya lantas saya menulis apa yang terlintas di fikiran ini. Tak sangka pulak tempat servis kereta sepelaung saja dari rumah, hu2. Bila pindah rumah banyak benda perlu tahu: lokasi pejabat, lokasi pejabat pos, bank, pusat servis kereta, tempat makan utama dan alternatif, klinik, stesyen minyak, dll.

Saya rasa selama ini saya dalam kategori workaholic. Kerana kerja buat kod tidaklah cukup sekadar waktu pejabat semata2. Kadang2 idea datang tak kira waktu cuti. Satu baris kod kadang2 sudah cukup untuk menyiapkan tugasan yang tersangkut. 'Work smart' sememangnya amat berbeda berbanding 'work hard' malah memberikan hasil jauh lebih baik.

Petang ini nak buat kajian sikit berkaitan Zenwalk dan SliTaz. Esok akan memasang Linux pada PC lama seorang rakan. Masih belum ada keputusan sama ada Lubuntu, Zenwalk atau SliTaz. Sebelum ini saya pernah cuba pasang beberapa Linux distro seperti Zenwalk, Slitaz, dll. Namun tidak ada yang saya fokus dengan lebih terperinci terutama aplikasi asas seperti aplikasi pejabat, video dan audio, dll. PC beliau dengan RAM 512MB membolehkan pemasangan ubuntu dalam kelajuan yang agak selesa. PC saya di kampung itu dengan RAM 384MB mungkin memerlukan sentuhan Zenwalk untuk memberi nafas baru kepada PC lama.

#zairo

Saturday, February 5, 2011

314. Hanyut

Kali ini saya hendak senaraikan apa yang saya maksudkan bahawa N900 hampir sama dengan ciri2 yang ada pada Iphone 4. Saya tidak bercakap sambil lewa tetapi telah membuat kajian tentang apa yang ditawarkan oleh Iphone 4 yang tiada dalam model2 sebelumnya.

1. Camera 5MP dalam N900. 3.2MP pun gambar sudah jelas maka 5MP lebih menarik untuk digunakan.

2. Menu disusun dalam kumpulan. N900 tidak memerlukan model baru tetapi model sedia ada ditambahbaik dengan ciri ini untuk memudahkan mencari aplikasi yang ingin digunakan.

3. 'Multi-tasking' di mana aplikasi bukan 'default' boleh juga dibuka secara serentak.

4. Facetime melalui wifi dan Skype melalui wifi dan broadband oleh Iphone manakala N900 boleh 'video call' melalui Skype dan GTalk mengunakan wifi dan broadband.

5. Kalau Iphone ada Momento untuk diari offline, N900 ada MaStory untuk kemaskini blog online.

6. Terminal untuk SSH, RDesktop, VNC dan FTP tanpa 'jailbreak'. Iphone 4 memerlukan 'jailbreak' untuk capaian tersebut.

7. Aplikasi GPS dalam Iphone ada Google Map manakala dalam N900 ada Ovi Map. 'Turn by turn direction' dan 'voice direction' sedang giat dilaksanakan oleh komuniti untuk N900.

8. Aplikasi catur dalam Iphone ada banyak seperti Shredder, Fritz, ChessGenius, Hiarcs, dll. N900 ada default chess, Eboard dan terbaru sedang dalam proses pembikinan adalah ChessGenius.

9. Pelayar berskala penuh maka aplikasi seperti twitter, facebook dan email boleh dibuka mengunakan pelayar selain boleh juga digunakan aplikasi client seperti email dan TwimGo.

10. Apa sahaja aplikasi pihak ketiga boleh dibangunkan tanpa batasan bergantung kepada kreativiti para pembangun. Aplikasi N900 yang mengunakan sistem pengoperasian Maemo boleh dibangunkan mengunakan Qt, Qt WRT, Qt QML, Python, Carbide atau GTK+.

11. RAM 1GB dan cakera keras berkapasiti 32GB. N900 boleh dipasang memori luar 16GB namun kegunaaannya lebih kepada untuk memasang lebih daripada satu sistem pengoperasian.

Saya sangat menghormati para pembangun Iphone yang bertanggungjawab menjadikan dunia IT menjadi kegilaan ramai terutamanya telefon bimbit yang telah ditingkatkan menjadi hampir seperti PC. Dalam masa yang sama kita memerlukan telefon bimbit yang lebih dekat dengan komuniti dan sumber terbuka seperti yang ada pada N900 dan ini mewujudkan persaingan yang sangat sihat.

#zairo

*updated from N900 using MaStory