Saturday, February 12, 2011

315. Ralit yang Melarat Meralatkan

Minimum untuk kekal dalam sesebuah syarikat dikatakan 2 tahun. Ini ada benarnya kerana dalam masa 2 tahun biasanya seseorang itu telah melalui seluruh proses penyiapan sistem atau bidang kerja yang diceburi. Akan tetapi jika dapat terus berkhidmat dengan syarikat yang sama selama yang mungkin lebih wajar berbanding menjadi nomad. Tambahan jika sudah ada keluarga, banyak faktor perlu diambil kira bukan sekadar pengetahuan baru dan pengalaman baru yang dicari semata2.

Minimum untuk kekal dengan satu2 telefon bimbit agaknya berapa tahun? 2 tahun bolehlah dianggap munasabah kerana berbaloi dengan wang yang digunakan untuk membelinya dan bagi yang membeli secara ansuran maka tamatlah sudah bayaran bulanan sebelum membeli telefon bimbit baru. Saya membeli N900 pada 1 Mei 2010 maka 1 Mei nanti genap setahun saya mengunakan telefon bimbit tersebut.

Sedang menunggu servis kereta siap sebenarnya lantas saya menulis apa yang terlintas di fikiran ini. Tak sangka pulak tempat servis kereta sepelaung saja dari rumah, hu2. Bila pindah rumah banyak benda perlu tahu: lokasi pejabat, lokasi pejabat pos, bank, pusat servis kereta, tempat makan utama dan alternatif, klinik, stesyen minyak, dll.

Saya rasa selama ini saya dalam kategori workaholic. Kerana kerja buat kod tidaklah cukup sekadar waktu pejabat semata2. Kadang2 idea datang tak kira waktu cuti. Satu baris kod kadang2 sudah cukup untuk menyiapkan tugasan yang tersangkut. 'Work smart' sememangnya amat berbeda berbanding 'work hard' malah memberikan hasil jauh lebih baik.

Petang ini nak buat kajian sikit berkaitan Zenwalk dan SliTaz. Esok akan memasang Linux pada PC lama seorang rakan. Masih belum ada keputusan sama ada Lubuntu, Zenwalk atau SliTaz. Sebelum ini saya pernah cuba pasang beberapa Linux distro seperti Zenwalk, Slitaz, dll. Namun tidak ada yang saya fokus dengan lebih terperinci terutama aplikasi asas seperti aplikasi pejabat, video dan audio, dll. PC beliau dengan RAM 512MB membolehkan pemasangan ubuntu dalam kelajuan yang agak selesa. PC saya di kampung itu dengan RAM 384MB mungkin memerlukan sentuhan Zenwalk untuk memberi nafas baru kepada PC lama.

#zairo