Tuesday, June 19, 2012

348. Zairopray

1. Aplikasi waktu solat sudah lama saya siapkan mengunakan JavaScript akan tetapi ianya tidak menepati seperti yang saya harapkan lalu saya tidak jadi terbitkan di Google Play. Ianya menjadi aplikasi kegunaan saya setiap hari sejak itu. Kemudian saya mendapati banyak ketika capaian data terlalu perlahan. Lalu saya bercadang mengubahsuai untuk mengunakan data di luar talian sepenuhnya.

2. Kemudian setelah dibuat semula mengunakan versi Java, ianya nampak lebih meyakinkan dan telah pun diterbitkan di Google Play beberapa hari yang lalu.

3. Fungsi aplikasi telah diubah iaitu daripada menarik data setiap permintaan kepada data luar talian selama setahun kerana itu maksimum data yang sedia ada dalam e-solat.

4. Data adalah merangkumi setiap negeri dalam Malaysia dan lokasi-lokasi seperti yang terdapat dalam e-solat.

5. Banyak lagi penambahbaikan boleh dibuat akan tetapi ianya bergantung kepada situasi dan keinginan untuk menambahkan apa yang difikirkan perlu.

6. Selepas ini ada satu aplikasi akan dibuat untuk tahun ini. Mungkin ianya bersifat global dan tidaklah setempat seperti pada Zairoliday dan Zairopray untuk seluruh negara dan Zairoute untuk KL dan Lembah Klang.

7. Saya juga teringin untuk mempelajari PyGTK yang mengunakan Quickly sebagai alat untuk membangunkan aplikasi dalam Ubuntu.

8. Oleh kerana saya mengunakan Lubuntu dalam laptop, amatlah menarik jika dapat membuat aplikasi-aplikasi di dalam dekstop Ubuntu.

9. Python pernah saya gunakan satu ketika dahulu apabila membangunkan aplikasi percubaan PyS60 dalam Nokia. Kurangnya rujukan atau pun saya sendiri yang kurang belajar menyebabkan kesukaran untuk membangunkan lagi aplikasi-aplikasi yang lain.

10. Setakat ini aplikasi-aplikasi yang saya buat adalah untuk kegunaan saya sendiri dan saya panjangkan untuk digunakan oleh semua pengguna Android.

#zairo