Sunday, June 10, 2012

347. See

1. Zairoute baru berjaya disiapkan fungsi Nearby. Banyak masa dihabiskan kepada mengkod semula Zairoliday dan Zairoute akan tetapi hasilnya adalah sama dengan versi JavaScript.

2. Mengunakan JavaScript lebih cepat dapat disiapkan kerana bahasa yang lebih mudah difahami berbanding Java. Namun Java lebih mantap dan stabil bila digunakan dengan peranti tambahan seperti GPS.

3. Ini bermakna saya sudah boleh melupakan buat seketika pembangunan Zairoliday dan Zairoute kerana penambahbaikan hanya dibuat jika perlu.

4. Masih banyak yang saya perlu terokai dalam Java. Saya sudah mula menyukai bahasa pengaturcaraan Java walau pun ianya agak cerewet berbanding PHP. Ini kerana PHP tidak boleh dibangunkan untuk frontend aplikasi telefon pintar.

5. Kita selalunya akan hanya belajar teknologi baru bagi kita apabila ianya diperlukan untuk sesuatu aplikasi yang perlu dibangunkan. Ini akan mengkelam-kabutkan keadaan apabila dalam masa yang singkat kita perlu menyiapkan tugasan tersebut.

6. Di sini saya nampak betapa pentingnya mempelajari sesuatu pengetahuan baru dalam apa jua sistem pengoperasian, bahasa pengaturcaraan atau pangkalan data.

7. Zairoute dan Zairoliday adalah aplikasi yang dibangunkan untuk 2011. Untuk 2012 semestinya ada 2 aplikasi yang sedang giat saya bangunkan sebagai pet project.

8. Suatu ketika saya putus asa semasa mempelajari Java kerana kesukaran yang ada padanya. Bagi saya, jika ada kemahuan, walau sesukar mana dan putus asa sekali pun, kita perlu bangkit kembali menyambung perjalanan demi untuk mencapai impian dan harapan.

9. Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang mempunyai lengkuk pembelajaran yang tinggi. Itulah sebabnya saya memperuntukkan masa setahun ini untuk benar-benar mempelajarinya.

10. Bahasa pengaturcaraan C, C++, Java dan Python masih lagi relevan untuk pembangunan  aplikasi di mana sekarang ianya banyak digunakan dalam telefon pintar. Dulunya (dan juga sekarang) ianya banyak digunakan untuk pembangunan aplikasi untuk Desktop.

#zairo