Saturday, June 30, 2012

349. Fon

1. Ramai juga kenkawan merujuk saya apabila ingin membeli telefon baru. Seperti biasa saya akan mencadangkan beberapa telefon pintar Linux (baca sebagai Android) untuk mereka pilih.

2. Ada juga yang meragui dengan Galaxy S3 apabila terdapat desas-desus bateri terbakar oleh salah seorang pembeli model ini. Kalau ada pun ianya kes terpencil dan saya percaya pihak Samsung akan menyelesaikannya secepat mungkin.

3. Buat masa ini cadangan saya adalah Galaxy Nexus yang berharga sekitar RM1600 kerana mudah untuk menaiktaraf kepada Android versi terkini tanpa perlu menunggu pengilang telefon menyertakan patch untuk naiktaraf. Walau bagaimana pun Galaxy S3 dan HTC One X sememangnya bagus untuk mereka yang berminat kepada telefon pintar yang berkuasa tinggi yang dikuasakan oleh pemproses 4 teras.

4. Bagi yang berminat dengan telefon pintar bajet saya cadangkan Galaxy W yang berharga sekitar RM850 iaitu telefon pintar yang saya gunakan sekarang. Ianya laju, banyak aplikasi boleh dimuatturun dan selesa digunakan untuk capaian internet.

5. Bagi yang memerlukan telefon pintar super bajet, saya cadangkan Galaxy Y yang berharga sekitar RM499 yang sesuai digunakan oleh para pelajar.

6. Jika telefon sekadar digunakan untuk membuat panggilan dan SMS sahaja, saya mencadangkan membeli Nokia 1280 yang berharga RM80 atau pun Nokia X1 yang mempunyai keypad yang lebih tahan lama.

7. Ubuntu untuk Android dikatakan akan keluar sekitar hujung tahun ini untuk telefon pintar model Android tertentu dan ini menarik minat saya untuk membeli telefon pintar berkenaan apabila ianya keluar nanti.

8. Apa pun model telefon pintar yang dibeli, biarlah ianya digunakan semaksimum yang mungkin supaya tidak rugi membelinya. Kalau sekadar membeli untuk menunjuk-nunjuk itu sudah salah matlamat.

9. Bagi saya kebagusan sesuatu telefon pintar terletak pada aplikasi-aplikasi yang ada padanya tidak kira sama ada aplikasi itu default atau pun pihak ketiga. Ini kerana aplikasi-aplikasi itu menjadikan telefon pintar benar-benar pintar dan banyak membantu pengguna menguruskan kehidupan seharian berkaitan dengan simpanan maklumat, mendapatkan maklumat, mencari maklumat dan berkongsi maklumat.

10. Jangan terpedaya dengan aliran telefon pintar. Kadang-kadang ianya lebih kepada provokasi dan iklan yang berlebih-lebihan.

p/s Untuk bateri bertahan lama dalam Android, wifi dan wifi GPS boleh dibiarkan sentiasa aktif. Bluetooth, Auto Rotation dan peranti GPS dibiarkan tidak aktif dan aktif apabila perlu sahaja. Ini hasil daripada eksperimen yang saya buat.

#zairo