Saturday, July 28, 2012

352. Beyond Open Source

1. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Masa berlalu dan dunia semakin maju. Diri kita juga semakin matang seiring dengan perubahan masa. Pemikiran saya juga lebih terbuka di dalam dunia sumber terbuka.

2. Setakat ini saya sudah membeli 7 aplikasi dalam telefon pintar Android. Bagi saya aplikasi yang sangat berguna dan tidak terlalu mahal wajar dibeli.

3. Saya sudah kurang membuat janji kerana menepati janji bukan semudah yang disangkakan. Dulu saya akan menghebahkan dulu di Twitter apa-apa yang saya ingin tuliskan dalam blog. Kadang-kadang bila dah cakap nak tulis, rasa malas pulak tapi sebab dah berjanji terpaksa dikotakan.

4. Saya juga pernah berjanji Zairoute akan kekal percuma sampai bila-bila. Zairopray dan Zairoliday juga akan kekal percuma sampai bila-bila. Banyak yang saya belajar semasa membuat ketiga-tiga aplikasi tersebut.

5. Semasa membuat fungsi tambahan dalam Zairopray, saya belajar tentang font dalam Arabic. Rupanya baris juga terdapat dalam font Arabic dan digunakan dengan menekan butang shift.

6. Semasa membuat ikon dalam Zairopray, saya banyak belajar mengunakan Inkscape dan GIMP. Kemudian baru saya buat semula ikon dalam Zairoliday dan Zairoute yang sebelum itu mengunakan ikon sedia ada dalam internet.

7. Ada satu lagi aplikasi Android dalam pembikinan yang saya KIV agak lama. Kadang-kadang perlukan masa yang sesuai untuk kembali menyiapkan sesuatu perkara, hu2.

8. Mengilap aplikasi memerlukan masa yang lama. Patutlah ramai orang biasanya fokus pada satu aplikasi sahaja. Zairoliday dan Zairopray sudah saya tambahbaik supaya ianya lebih ramah pengguna dan selesa digunakan.

9. Bercakap pasal Lubuntu, saya baru jumpa kaedah yang betul untuk mengatasi masalah dalam LCD Projector yang paparan penuh dalam projektor tapi 3/4 paparan di skrin laptop. Setting yang sama iaitu 1024x768 pada kedua-dua skrin membolehkan kedua-dua memaparkan secara penuh. Disebabkan setting perlu dibuat secara manual, memang sedikit keliru juga.

10. Kalau anda tanya kepada saya antara ketiga-tiga aplikasi tersebut mana yang paling saya suka, jawapnya begini. Saya lebih suka dengan aplikasi Zairoute kerana ianya aplikasi pertama yang saya bina untuk Android. Ia juga ada fungsi yang agak susah yang saya gilap dari semasa ke semasa. Semasa membuat Zairoute mengunakan Javascript, beberapa bulan juga masa yang saya gunakan berbanding Zairoliday versi Javascript yang mengambil masa cuma 3 hingga 4 hari sahaja. Masalah yang ada dalam Zairoliday versi Javascript iaitu GPS tak berapa stabil di samping tidak boleh digunakan untuk ICS menyebabkan saya mula belajar Java untuk Android. Paling penting adalah saya tidak perlu kemaskini Zairoute setiap tahun seperti yang perlu dibuat untuk Zairoliday dan Zairopray.

#zairo

Thursday, July 19, 2012

351. Why I work in 7 companies?

Imbasan kembali artikel 148. Bukan Ilusi II yang pernah saya tulis.
... Mengapa saya pindah kerja. Ramai juga yang tanya saya soklan popular ni bila saya nak pindah keje. Takpelah saya jawaplah. 
1. Untuk meningkatkan PENGETAHUAN dalam pengaturcaraan terutamanya PHP. Selagi saya berada di luar bidang IT, tidak banyak berlaku peningkatan pengetahuan saya dalam pengaturcaraan.
2. Adalah menjadi CITA-CITA saya sejak daripada Tingkatan 1 untuk menjadi seorang pengaturcara/ pembangun sistem. Saya harus mencari peluang dan ruang yang ingin saya tempohi kerana kejayaan dan pengalaman tidak datang bergolek.
3. MASALAH di tempat kerja semasa. Semua tempat ada masalah tapi kalau wujud masalah yang sukar untuk diselesaikan dan semakin bertimbun, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Pasti ada jalan keluar walau pun jawapannya mungkin adalah pintu keluar.
4. KEUPAYAAN SEBENAR tidak dapat digunakan secara optimum. Kalau sudah bekerja di luar bidang IT, semestinya sumbangan dalam bidang IT dipandang sinis dan sambil lewa. Walhal bertarung nyawa untuk saya siapkan segala yang patut.
5. PENGALAMAN saya setakat ini dalam bidang IT adalah setakat 6 bulan. Kerana minat dalam bidang ini saya sanggup melupakan sukar catur. Seharusnya saya menjadikannya ia sebagai kerjaya utama berbanding sebagai freelance semata2.
6. Pengalaman 2 tahun lebih membangunkan sistem rasanya adalah ASAS YANG KUKUH untuk saya terus menceburi bidang ini. Rugi rasanya jika tidak diteruskan perjuangan dalam bidang ini dan berhenti setakat ini saja.
7. Bekerja di KL memungkinkan saya untuk kembali ke meja CATUR kerana banyak kejohanan catur diadakan di sini berbanding dengan tempat lain.
8. Setiap orang mencari kerja yang LEBIH BAIK daripada segala segi termasuk juga saya.
9. KEUPAYAAN saya adalah membuat pengaturcaraan berbanding yang lain.
10. MENGAPAI IMPIAN yang belum terlaksana dalam kerjaya dan catur.

13 Mar 2008


Saya pernah tulis artikel berkenaan kenapa saya pindah kerja. Rasanya alasan-alasan tersebut adalah antara alasan kebanyakan orang kenapa pindah kerja. Alasan nombor 8 bermaksud juga duit. Ada orang duit menjadi alasan utama kenapa pindah kerja. Bagi saya duit mungkin keutamaan ke-3 atau 4. Namun kita perlu melihat juga kesan jangka panjang sama ada kita mampu untuk membuat kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, kita juga perlu sanggup mengharungi dan menghargai segala tekanan, masalah dan sebagainya dalam proses menyiapkan kerja. Minat juga tidak kurang penting tapi minat semata-mata tidaklah mencukupi. Perlu juga ada ilmu tentang kerja yang kita buat itu.

Saya sudah kerja dalam 7 syarikat. Setiap kali pindah kerja saya akan sentiasa beranggapan inilah syarikat yang akan saya kerja sampai tua, hu2. Hakikatnya sudah 6 kali saya berpindah kerja. Banyak juga pengalaman kerja yang mematangkan diri ini dari segi soft skills dan hard skills.

Saya tertarik dengan point nombor 10.

Dalam catur, saya sudah tidak ada apa impian. Cukup-cukup setakat mana yang saya pernah menang. Dalam kerjaya, saya banyak belajar teknologi IT. Saya seorang yang suka belajar benda baru.

2004 bermulanya saya belajar PHP dan membuat sistem. 2008 bermulanya saya terlibat dengan industri IT. Banyak perkara yang semasa saya membuat sendiri sistem tidak sama dengan industri. Dalam industri ada dokumen, flow, ada version control, ada user experience, ada framework, ada bug tracking system, ada beberapa jenis pengujian, dan lain-lain.

Sejak 2008 saya mula belajar tentang server dan 2010 saya belajar tentang aplikasi telefon pintar. Ianya menjadi nilai tambah kepada saya kerana saya seorang yang suka belajar tentang teknologi dalam IT.

Cara saya menulis juga banyak berubah. Ini mungkin dipengaruhi oleh buku-buku yang saya baca dan orang-orang yang saya pernah jumpa. Terima kasih kepada semua yang sentiasa ada bersama saya ketika susah dan senang terutama kepada sifu saya yang saya kenal sejak 14 tahun lalu. Setiap kali berjumpa ada saja cerita-cerita baru yang dikongsikan bersama. Ada persahabatan kekal untuk seumur hidup.

1. Saya pindah ke syarikat kedua kerana  ingin kembali ke dunia IT.
2. Saya berpindah ke syarikat ketiga kerana inginkan kerja tetap akan tetapi ianya tidaklah bidang IT.
3. Saya berpindah ke syarikat keempat kerana ingin kembali semula ke dunia IT.
4. Saya berpindah ke syarikat kelima kerana sudah tidak ada lagi kerja pada masa itu dan saya terpaksa membuat kerja-kerja bukan IT.
5. Saya berpindah ke syarikat keenam kerana masa itu ada 2 syarikat yang saya dapat tawaran. Saya memilih syarikat keenam ini kerana ianya syarikat besar dan saya ingin belajar perkara-perkara baru.
6. Saya berpindah ke syarikat ketujuh kerana ingin belajar aplikasi telefon pintar. Inilah syarikat yang saya bekerja sekarang.

#zairo

Sunday, July 15, 2012

350. Focus

Zairopray paling ramai muaturun berbanding 2 aplikasi saya yang lain. Aplikasi yang berguna sememangnya sangat dicari oleh para pengguna telefon pintar. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunakan aplikasi saya.

Selepas ini saya bercadang untuk mengilap aplikasi sedia ada. Ini kerana jika kuantiti dipentingkan ianya tidak memberikan kualiti yang diharapkan.

Masa mula-mula beli telefon pintar, macam-macam aplikasi yang dimuaturun. Setelah masa berlalu, hanya beberapa aplikasi sahaja yang kerap digunakan.

Rakan saya bertanya tentang aplikasi yang bagus dalam Andeghoid. Dia baru membeli Galaxy S3, weiwit.

Disenaraikan aplikasi default dan aplikasi pihak ketiga yang berguna pada hemat saya:

Aplikasi Default:

1. Gmail

2. Task

3. Google Maps

4. Mini Diary

Aplikasi Pihak Ketiga:

1. Twitter

2. Facebook for Android

3. Opera Mini

4. Touch
 
5. iQuran (Ada 2 versi iaitu ringan dan berbayar)

6. Google+

7. Google Reader

8. Mobilia Chess (Ada 2 versi iaitu iklan dan berbayar)

9. DroidFish Chess

10. ChessBase Online (Ada 1 versi iaitu berbayar sahaja)

Terdapat sedikit perbezaan dengan senarai saya pada tahun lepas, hu2. http://zairochess.blogspot.com/2011/04/318-android-and-me.html

#zairo