Thursday, July 19, 2012

351. Why I work in 7 companies?

Imbasan kembali artikel 148. Bukan Ilusi II yang pernah saya tulis.
... Mengapa saya pindah kerja. Ramai juga yang tanya saya soklan popular ni bila saya nak pindah keje. Takpelah saya jawaplah. 
1. Untuk meningkatkan PENGETAHUAN dalam pengaturcaraan terutamanya PHP. Selagi saya berada di luar bidang IT, tidak banyak berlaku peningkatan pengetahuan saya dalam pengaturcaraan.
2. Adalah menjadi CITA-CITA saya sejak daripada Tingkatan 1 untuk menjadi seorang pengaturcara/ pembangun sistem. Saya harus mencari peluang dan ruang yang ingin saya tempohi kerana kejayaan dan pengalaman tidak datang bergolek.
3. MASALAH di tempat kerja semasa. Semua tempat ada masalah tapi kalau wujud masalah yang sukar untuk diselesaikan dan semakin bertimbun, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Pasti ada jalan keluar walau pun jawapannya mungkin adalah pintu keluar.
4. KEUPAYAAN SEBENAR tidak dapat digunakan secara optimum. Kalau sudah bekerja di luar bidang IT, semestinya sumbangan dalam bidang IT dipandang sinis dan sambil lewa. Walhal bertarung nyawa untuk saya siapkan segala yang patut.
5. PENGALAMAN saya setakat ini dalam bidang IT adalah setakat 6 bulan. Kerana minat dalam bidang ini saya sanggup melupakan sukar catur. Seharusnya saya menjadikannya ia sebagai kerjaya utama berbanding sebagai freelance semata2.
6. Pengalaman 2 tahun lebih membangunkan sistem rasanya adalah ASAS YANG KUKUH untuk saya terus menceburi bidang ini. Rugi rasanya jika tidak diteruskan perjuangan dalam bidang ini dan berhenti setakat ini saja.
7. Bekerja di KL memungkinkan saya untuk kembali ke meja CATUR kerana banyak kejohanan catur diadakan di sini berbanding dengan tempat lain.
8. Setiap orang mencari kerja yang LEBIH BAIK daripada segala segi termasuk juga saya.
9. KEUPAYAAN saya adalah membuat pengaturcaraan berbanding yang lain.
10. MENGAPAI IMPIAN yang belum terlaksana dalam kerjaya dan catur.

13 Mar 2008


Saya pernah tulis artikel berkenaan kenapa saya pindah kerja. Rasanya alasan-alasan tersebut adalah antara alasan kebanyakan orang kenapa pindah kerja. Alasan nombor 8 bermaksud juga duit. Ada orang duit menjadi alasan utama kenapa pindah kerja. Bagi saya duit mungkin keutamaan ke-3 atau 4. Namun kita perlu melihat juga kesan jangka panjang sama ada kita mampu untuk membuat kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, kita juga perlu sanggup mengharungi dan menghargai segala tekanan, masalah dan sebagainya dalam proses menyiapkan kerja. Minat juga tidak kurang penting tapi minat semata-mata tidaklah mencukupi. Perlu juga ada ilmu tentang kerja yang kita buat itu.

Saya sudah kerja dalam 7 syarikat. Setiap kali pindah kerja saya akan sentiasa beranggapan inilah syarikat yang akan saya kerja sampai tua, hu2. Hakikatnya sudah 6 kali saya berpindah kerja. Banyak juga pengalaman kerja yang mematangkan diri ini dari segi soft skills dan hard skills.

Saya tertarik dengan point nombor 10.

Dalam catur, saya sudah tidak ada apa impian. Cukup-cukup setakat mana yang saya pernah menang. Dalam kerjaya, saya banyak belajar teknologi IT. Saya seorang yang suka belajar benda baru.

2004 bermulanya saya belajar PHP dan membuat sistem. 2008 bermulanya saya terlibat dengan industri IT. Banyak perkara yang semasa saya membuat sendiri sistem tidak sama dengan industri. Dalam industri ada dokumen, flow, ada version control, ada user experience, ada framework, ada bug tracking system, ada beberapa jenis pengujian, dan lain-lain.

Sejak 2008 saya mula belajar tentang server dan 2010 saya belajar tentang aplikasi telefon pintar. Ianya menjadi nilai tambah kepada saya kerana saya seorang yang suka belajar tentang teknologi dalam IT.

Cara saya menulis juga banyak berubah. Ini mungkin dipengaruhi oleh buku-buku yang saya baca dan orang-orang yang saya pernah jumpa. Terima kasih kepada semua yang sentiasa ada bersama saya ketika susah dan senang terutama kepada sifu saya yang saya kenal sejak 14 tahun lalu. Setiap kali berjumpa ada saja cerita-cerita baru yang dikongsikan bersama. Ada persahabatan kekal untuk seumur hidup.

1. Saya pindah ke syarikat kedua kerana  ingin kembali ke dunia IT.
2. Saya berpindah ke syarikat ketiga kerana inginkan kerja tetap akan tetapi ianya tidaklah bidang IT.
3. Saya berpindah ke syarikat keempat kerana ingin kembali semula ke dunia IT.
4. Saya berpindah ke syarikat kelima kerana sudah tidak ada lagi kerja pada masa itu dan saya terpaksa membuat kerja-kerja bukan IT.
5. Saya berpindah ke syarikat keenam kerana masa itu ada 2 syarikat yang saya dapat tawaran. Saya memilih syarikat keenam ini kerana ianya syarikat besar dan saya ingin belajar perkara-perkara baru.
6. Saya berpindah ke syarikat ketujuh kerana ingin belajar aplikasi telefon pintar. Inilah syarikat yang saya bekerja sekarang.

#zairo