Saturday, July 28, 2012

352. Beyond Open Source

1. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Masa berlalu dan dunia semakin maju. Diri kita juga semakin matang seiring dengan perubahan masa. Pemikiran saya juga lebih terbuka di dalam dunia sumber terbuka.

2. Setakat ini saya sudah membeli 7 aplikasi dalam telefon pintar Android. Bagi saya aplikasi yang sangat berguna dan tidak terlalu mahal wajar dibeli.

3. Saya sudah kurang membuat janji kerana menepati janji bukan semudah yang disangkakan. Dulu saya akan menghebahkan dulu di Twitter apa-apa yang saya ingin tuliskan dalam blog. Kadang-kadang bila dah cakap nak tulis, rasa malas pulak tapi sebab dah berjanji terpaksa dikotakan.

4. Saya juga pernah berjanji Zairoute akan kekal percuma sampai bila-bila. Zairopray dan Zairoliday juga akan kekal percuma sampai bila-bila. Banyak yang saya belajar semasa membuat ketiga-tiga aplikasi tersebut.

5. Semasa membuat fungsi tambahan dalam Zairopray, saya belajar tentang font dalam Arabic. Rupanya baris juga terdapat dalam font Arabic dan digunakan dengan menekan butang shift.

6. Semasa membuat ikon dalam Zairopray, saya banyak belajar mengunakan Inkscape dan GIMP. Kemudian baru saya buat semula ikon dalam Zairoliday dan Zairoute yang sebelum itu mengunakan ikon sedia ada dalam internet.

7. Ada satu lagi aplikasi Android dalam pembikinan yang saya KIV agak lama. Kadang-kadang perlukan masa yang sesuai untuk kembali menyiapkan sesuatu perkara, hu2.

8. Mengilap aplikasi memerlukan masa yang lama. Patutlah ramai orang biasanya fokus pada satu aplikasi sahaja. Zairoliday dan Zairopray sudah saya tambahbaik supaya ianya lebih ramah pengguna dan selesa digunakan.

9. Bercakap pasal Lubuntu, saya baru jumpa kaedah yang betul untuk mengatasi masalah dalam LCD Projector yang paparan penuh dalam projektor tapi 3/4 paparan di skrin laptop. Setting yang sama iaitu 1024x768 pada kedua-dua skrin membolehkan kedua-dua memaparkan secara penuh. Disebabkan setting perlu dibuat secara manual, memang sedikit keliru juga.

10. Kalau anda tanya kepada saya antara ketiga-tiga aplikasi tersebut mana yang paling saya suka, jawapnya begini. Saya lebih suka dengan aplikasi Zairoute kerana ianya aplikasi pertama yang saya bina untuk Android. Ia juga ada fungsi yang agak susah yang saya gilap dari semasa ke semasa. Semasa membuat Zairoute mengunakan Javascript, beberapa bulan juga masa yang saya gunakan berbanding Zairoliday versi Javascript yang mengambil masa cuma 3 hingga 4 hari sahaja. Masalah yang ada dalam Zairoliday versi Javascript iaitu GPS tak berapa stabil di samping tidak boleh digunakan untuk ICS menyebabkan saya mula belajar Java untuk Android. Paling penting adalah saya tidak perlu kemaskini Zairoute setiap tahun seperti yang perlu dibuat untuk Zairoliday dan Zairopray.

#zairo