Saturday, September 22, 2012

356. Galaxy Nexus

Setelah beberapa hari mengunakan Galaxy Nexus dapatlah saya perhatikan beberapa kelebihan dan kekurangan mengunakan telefon pintar ini.

1. Pelayar Chrome yang laju dan menyaingi Opera Mini. Pelayar Chrome jauh lebih pantas dan selesa digunakan berbanding dengan pelayar default dalam Android sebelum ini. Pelayar Chrome merupakan aplikasi pihak ketiga yang perlu dipasang secara manual.

2. Kamera dengan tiga mod pilihan iaitu camera, video dan Panorama. Mod panorama membolehkan anda mengambil gambar secara 360 darjah di sekeliling anda.

3. Folder dibuat pada skrin home dan bukan di dalam menu.

4. Voice Search yang membolehkan anda membuat carian mengunakan arahan suara. Ini merupakan versi yang ditambah baik berbanding Voice Search yang sedia ada sebelum ini.

5. Memori dalaman 16Gb membolehkan lebih banyak aplikasi dimuaturun. Memori dalaman merupakan salah satu daripada 3 elemen yang diambil kira sebelum membeli sesuatu telefon pintar. Dua lagi elemen penting adalah kapasiti RAM dan kelajuan pemproses.

6. Skrin yang lebih besar iaitu 4.65 inci iaitu kecil sedikit berbanding Galaxy SIII dengan saiz 4.8 inci. Ini memberikan lebih keselesaan dan seakan aliran telefon pintar Android memberikan skrin bersaiz melebihi 4.5 inci untuk telefon pintar berprestasi tinggi seperti HTC One X, Samsung Galaxy SIII dan Samsung Galaxy Note.

7. Kamera yang lebih berkualiti contohnya boleh mengambil paparan aplikasi pada skrin iPad dengan jelas. Kawalan pencahayaan yang lebih baik serta auto fokus memberikan gambar yang lebih berkualiti.

8. Boleh dikemaskini kepada Android OS 4.1 Jelly Bean. Saya muat turun mengunakan broadband dan memerlukan masa beberapa minit sahaja.

9. Harga yang berpatutan dengan harga sekitar 1k. Pada mula Galaxy Nexus dikeluarkan pada hujung tahun lepas ianya berharga sekitar 1.6k dengan keupayaan perkakasan yang tidaklah terlalu tinggi.

10. Lebih banyak aplikasi ditawarkan memandangkan ianya mengunakan OS versi terkini. Kebanyakkan aplikasi yang saya gunakan sebelum ini masih boleh digunakan dalam Galaxy Nexus. Cuma terdapat beberapa aplikasi yang sebelum ini percuma namun sekarang percuma dengan iklan yang menyebabkan saya mencari aplikasi alternatif yang lain.

Didapati banyak kelebihan Galaxy Nexus dan Jelly Bean yang semestinya memberikan nilai tambah kepada para pengguna. Telefon pintar berprestasi tinggi menjadi keperluan kepada sesetengah orang manakala untuk orang lain mungkin sekadar kehendak yang tidak perlu dituruti.

Oh ya, tiada peranti radio untuk Galaxy Nexus namun boleh mengunakan aplikasi radio dan TV sebagai alternatif.

#zairo

Monday, September 17, 2012

355. Finding Nexus

1. Model Nexus agak sukar dicari kerana tidak semua kedai-kedai telefon bimbit menjualnya. Daripada berbelas-belas kedai telefon bimbit yang saya kunjungi hari ini, saya menjumpai 4 sahaja kedai yang menjual Galaxy Nexus. Obsolete model katanya. Ada kata stok lama. Namun bagi saya model Nexus sangat sesuai untuk pembangun Android kerana mereka tidak memerlukan telefon bimbit terkini dengan fungsi bagai. Asalkan dapat mengunakan OS terkini dan ada fungsi-fungsi tertentu seperti NFC adalah memadai.

2. Harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM1148 hingga 1500++. Saya memilih untuk membeli di kedai yang menawarkan RM1148 dan trade-in Galaxy W dengan harga RM300.

3. Ini bermakna saya telah membeli 4 telefon bimbit Android versi 2.1 (Sony Xperia X8) , 2.2 (Samsung Galaxy Ace), 2.3 (Samsung Galaxy W) dan 4.0 (Samsung Galaxy Nexus).

4. Semasa saya membeli telefon Nexus, didapati ramai juga membeli Galaxy SIII. Ada juga membeli Galaxy Note. Galaxy SIII merupakan salah satu model paling laris daripada Samsung. Penangan Jelly Beans begitu menarik perhatian ramai pembeli.

5. Terima kasih kepada rakan saya, Li kerana  sanggup menemani untuk membuat tinjauan ke beberapa kedai.

6. Model Galaxy Nexus sudah hampir tiada di pasaran. Jika anda berminat untuk membelinya, sila dapatkan di pasaran dalam masa terdekat sebelum kehabisan stok.
Saya mendapat maklumat kedai daripada mudah.my. Saya lebih suka COD berbanding membeli secara pos kerana tidak dapat dipastikan kesahihan akan dapat barang yang dipesan kecuali kedai tersebut telah anda benar-benar kenal.
 
7. Untuk kali pertama perlu charge selama 6 jam untuk memastikan bateri dapat jangka hayat bateri dapat digunakan untuk jangka masa lebih lama.

8. Free gift yang diberikan adalah pen drive dan getah untuk penahan telefon apabila diletakkan sandar contohnya menonton YouTube atau movie.

9.  Perbezaan ketara antara Galaxy Nexus dan Galaxy W adalah memori dalaman iaitu 16GB untuk Galaxy Nexus berbanding 1.7GB untuk Galaxy W. Selain itu RAM Galaxy Nexus adalah 1GB manakala Galaxy W adalah 512MB. Manakala Pemproses Galaxy Nexus adalah dual core 1.2GHz manakala Galaxy W adalah single core 1.4GHz.

10. Perbezaan ketara antara Galaxy Nexus dan Galaxy SIII adalah Galaxy Nexus mempunyai pemproses dual core 1.2GHz manakala Galaxy SIII adalah quad core 1.4Ghz.
 

#zairo

Saturday, September 8, 2012

354. After Some Time

1. Beberapa menjak ini saya sibuk mengemaskini Zairopray dan Zairoliday. Akan tetapi Zairoute tidaklah saya kemaskini walau pun imej kufi zairo yang terbaru.

2. Penambahbaikan akan semakin berkurang dan akan sampai masa tiada kemaskini untuk satu jangka masa yang lama.

3. Aplikasi akan menjadi semakin kemas dan lengkap setelah melalui beberapa kali penilaian dan perubahan.

4. Cuma ada beberapa perkara yang perlu saya kemaskini untuk Zairopray dan Zairoliday. Setelah itu mungkin saya akan mengemaskini Zairoute dan meneruskan aplikasi keempat.

5. Selepas itu mungkin tidak ada aplikasi kelima dan seterusnya kerana membuat aplikasi ini ada kalanya memenatkan juga, hu2.

6. Antara rujukan utama untuk Zairoute adalah laman web rasmi KTM, RapidKL dan KLIAEkspres: http://www.ktmkomuter.com.my, http://www.myrapid.com.my dan http://www.kliaekspres.com/erlsb/default.aspx.

7. Antara rujukan utama untuk Zairoliday adalah portal Kabinet: http://www.kabinet.gov.my/index.php/en/pelbagai/hari-kelepasan-am.html.

8. Antara rujukan utama untuk Zairopray adalah portal JAKIM: http://www.e-solat.gov.my, http://www.islam.gov.my dan http://www.islamgrid.gov.my/doa/indexVideo.html.

9. Terima kasih kepada semua komen-komen yang positif dan negatif. Semua komen telah saya perhalusi dan ada juga pandangan yang telah saya masukkan dalam kemaskini terbaru aplikasi-aplikasi tersebut.

10. Apa yang baik datangnya daripada Allah dan yang kurang baik datangnya daripada saya yang kurang ilmu, Iman dan amal. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Kerana Ubuntu kita bertemu,
Membawa Android ke mana saja,
Ke kampung halaman tempat di tuju,
Salam Aidil Fitri kepada semua.

#zairo