Saturday, September 22, 2012

356. Galaxy Nexus

Setelah beberapa hari mengunakan Galaxy Nexus dapatlah saya perhatikan beberapa kelebihan dan kekurangan mengunakan telefon pintar ini.

1. Pelayar Chrome yang laju dan menyaingi Opera Mini. Pelayar Chrome jauh lebih pantas dan selesa digunakan berbanding dengan pelayar default dalam Android sebelum ini. Pelayar Chrome merupakan aplikasi pihak ketiga yang perlu dipasang secara manual.

2. Kamera dengan tiga mod pilihan iaitu camera, video dan Panorama. Mod panorama membolehkan anda mengambil gambar secara 360 darjah di sekeliling anda.

3. Folder dibuat pada skrin home dan bukan di dalam menu.

4. Voice Search yang membolehkan anda membuat carian mengunakan arahan suara. Ini merupakan versi yang ditambah baik berbanding Voice Search yang sedia ada sebelum ini.

5. Memori dalaman 16Gb membolehkan lebih banyak aplikasi dimuaturun. Memori dalaman merupakan salah satu daripada 3 elemen yang diambil kira sebelum membeli sesuatu telefon pintar. Dua lagi elemen penting adalah kapasiti RAM dan kelajuan pemproses.

6. Skrin yang lebih besar iaitu 4.65 inci iaitu kecil sedikit berbanding Galaxy SIII dengan saiz 4.8 inci. Ini memberikan lebih keselesaan dan seakan aliran telefon pintar Android memberikan skrin bersaiz melebihi 4.5 inci untuk telefon pintar berprestasi tinggi seperti HTC One X, Samsung Galaxy SIII dan Samsung Galaxy Note.

7. Kamera yang lebih berkualiti contohnya boleh mengambil paparan aplikasi pada skrin iPad dengan jelas. Kawalan pencahayaan yang lebih baik serta auto fokus memberikan gambar yang lebih berkualiti.

8. Boleh dikemaskini kepada Android OS 4.1 Jelly Bean. Saya muat turun mengunakan broadband dan memerlukan masa beberapa minit sahaja.

9. Harga yang berpatutan dengan harga sekitar 1k. Pada mula Galaxy Nexus dikeluarkan pada hujung tahun lepas ianya berharga sekitar 1.6k dengan keupayaan perkakasan yang tidaklah terlalu tinggi.

10. Lebih banyak aplikasi ditawarkan memandangkan ianya mengunakan OS versi terkini. Kebanyakkan aplikasi yang saya gunakan sebelum ini masih boleh digunakan dalam Galaxy Nexus. Cuma terdapat beberapa aplikasi yang sebelum ini percuma namun sekarang percuma dengan iklan yang menyebabkan saya mencari aplikasi alternatif yang lain.

Didapati banyak kelebihan Galaxy Nexus dan Jelly Bean yang semestinya memberikan nilai tambah kepada para pengguna. Telefon pintar berprestasi tinggi menjadi keperluan kepada sesetengah orang manakala untuk orang lain mungkin sekadar kehendak yang tidak perlu dituruti.

Oh ya, tiada peranti radio untuk Galaxy Nexus namun boleh mengunakan aplikasi radio dan TV sebagai alternatif.

#zairo