Saturday, October 6, 2012

357. Call for Writing

Ha sudah masuk bulan Oktober. Azam anda apa cerita? Harap-harapnya dapatlah ditunaikan sebelum menjelang akhir tahun.

Kali ini saya hendak bercerita mengenai aplikasi yang saya beli. Ada 9 semuanya setakat ini.

1. Android ($25.00)
Sengaja saya masukkan untuk cukupkan sepuluh perkara, hu2. Lagi pun dalam Google Wallet ada resitnya. Inilah nilai perlu dibayar sebagai yuran seumur hidup untuk mendaftar dalam Google Play. Selepas pembayaran barulah boleh muatnaik aplikasi dalam Google Play.

2. iQuran Pro ($3.47)
Aplikasi pertama berbayar yang saya beli. Ianya menarik dan boleh dikatakan tiada aplikasi yang setanding dengannya buat masa ini daripada pelbagai segi. Ada pilihan suara pembaca Al Quran dan pilihan terjemahan.

3. Chess ($0.99)
Ada pilihan bermain catur secara dalam talian ke server FICS. Antara muka dalam talian lebih perlahan berbanding dengan aplikasi versi percuma berserta iklan menyebabkan saya tertanya-tanya apakah kelebihan membeli aplikasi ini.

4. Mobialia Chess ($3.18)
Ada pilihan bermain catur secara dalam talian ke server FICS. Mempunyai pilihan 3D buah catur yang terbaik berbanding dengan aplikasi lain dan antara muka yang kemas.

5. ChessBase Online ($4.99)
Fungsi utama adalah untuk gelintar pangkalan data untuk kedudukan catur yang diset atau pun melihat pangkalan data mengikut pemain, bukamainan dan sebagainya. Aplikasi ini tiada enjin catur untuk lawan tetapi lebih kepada analisa catur.

6. Yafi Plus - Internet Chess ($2.46)
Ada pilihan bermain catur secara dalam talian ke server FICS. Antara muka yang sangat pantas berbanding aplikasi catur lain menjadikan Yafi Chess pilihan saya untuk bermain catur dalam talian. Saya juga ada memberi cadangan kepada pembangunnya beberapa perkara dan harap-harapnya ianya dapat dibuat untuk kemaskini berikutnya.

7. Shredder Chess ($7.36)
Cuma ada pilihan bermain secara luar talian. Namun Shredder merupakan salah satu enjin catur terbaik pernah dihasilkan dan pernah beberapa kali menjadi juara catur komputer suatu masa dahulu. Ciri menarik adalah komputer akan set ELO ratingnya secara automatik mengikut ELO pemain. Ini menjadikan ia sebagai sparring terbaik seolah-olah seperti berlawan dengan manusia.

8. Chess Endings ($1.49)
Saya pernah kehilangan sebuah buku Chess Ending karya Paul Keres. Keji sungguh siapa yang curi. Jadinya saya pun membeli aplikasi ini yang boleh dikatakan padat juga dengan banyak variasi akhirmainan catur.

9. Chess Odesys ($3.99)
Ada pilihan bermain catur secara dalam talian ke server FICS. Ini merupakan aplikasi catur kedua pantas selepas Yafi jika bermain catur dalam talian ke server FICS.

10. Photaf Panorama Pro ($4.99)
Aplikasi yang baru-baru ini saya beli setelah tertarik dengan gambar panorama. Berbeza dengan panorama default dalam Galaxy Nexus yang 180 darjah sahaja, aplikasi ini membenarkan panorama 360 darjah. Paling menarik ada panduan arah dan anggaran kiri-kanan dan atas-bawah untuk memastikan telefon pintar tidak dipegang secara senget atau condong semasa mengambil gambar. Juga semasa mengambil gambar perlu berhenti pergerakkan untuk memastikan kualiti gambar yang diambil.

Macam saya pernah katakan, kalau sesuatu aplikasi itu benar-benar berkualiti, ianya tidaklah membazir untuk membeli. Kebanyakan aplikasi yang saya beli adalah berunsur catur. Ini kerana catur sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya sejak dulu lagi. Walau pun saya sudah lama tidak bermain catur di kejohanan-kejohanan itu tidak bermakna saya terus melupakan catur. Ianya adalah senaman minda yang sangat bagus.

#zairo