Saturday, October 20, 2012

358. Wait No More

Ada orang terlalu fanatik dengan jenama atau pun syarikat. Bagi saya, lebih baik mengambil sikap sederhana. Sifu saya adalah pengemar tegar Windows. Syarikat saya peminat utama Apple. Saya sendiri adalah peminat setia Linux terutamanya Ubuntu.

Jika hanya ada satu sahaja pilihan yang ada kepada pengguna ianya tidak ada pilihan pun. Sekurang-kurangnya 3 pilihan akan menjadikan pilihan lebih baik. Sebagai pengamal IT, adalah perlu untuk mengetahui apa yang berlaku dalam dunia Linux, Mac dan Windows.

Jika terlibat dalam bidang server, sekadar mengetahui satu sistem pengoperasian tidak akan membawa kita ke mana-mana pun. Malah dalam server Linux ada 2 aliran distro utama iaitu CentOS/Red Hat/Fedora dan juga Ubuntu/Debian GNU/Linux.

Ubuntu dilihat semakin digemari kerana bahasa yang lebih ringkas dan mudah difahami begitu juga dengan Nginx yang semakin popular kerana kelajuan memproses data. 

Tahun hadapan dikatakan akan muncul 5 telefon pintar baru iaitu daripada Ubuntu mobile, Tizen, Jolla, Firefox mobile dan WebOS yang kesemuanya adalah daripada Linux. Kesemuanya mengunakan HTML5 sebagai bahasa pengaturcaraan utama kecuali Ubuntu Mobile yang boleh juga dibangunkan mengunakan Python.

Saya tidak suka dengan kelembapan pemprosesan sistem pengoperasian. Lubuntu lebih sesuai dengan saya berbanding Ubuntu kerana Lubuntu terkenal dengan kecepatan antara mukanya yang mengunakan LXDE iaitu berasal daripada Openbox, sebuah antara muka terpantas. Kecepatan itu semestinya akan mempunyai kekurangan kemewahan ciri-ciri tertentu akan tetapi saya lebih gemar begitu.

#zairo