Thursday, November 22, 2012

362. Zairocator

Akhirnya Zairocator telah pun sedia ada di Google Play. Berikut maklumat berkaitan dengan Zairocator.

1. Zairocator adalah gabungan perkataan Zairo dan Locator.

2. Zairocator merupakan aplikasi untuk menyimpan maklumat lokasi iaitu longitud dan latitud.

3. Nama asalnya adalah Zairotree merupakan gabungan perkataan Zairo dan Family Tree. Namun saya merasakan ianya jauh lagi sukar untuk dibuat dan tidak pasti adakah saya berminat untuk meneruskannya lalu saya ubah menjadi locator.

4. Untuk rekod saya pernah membuat Sistem Family Tree mengunakan PHP suatu masa dahulu. Malangnya tiada sandaran data yang baik menyebabkan saya hilang sistem tersebut bersama laptop saya yang hilang suatu ketika dulu. Sistem tersebut saya buat sebagai mengisi masa lapang di ketika itu dan ianya boleh dikatakan sudah siap.

5. Dalam Zairocator boleh dimasukkan data, kemaskini data dah padam data.

6. Zairocator mengunakan SQLite sebagai pangkalan data dan merupakan aplikasi pertama saya mengunakan SQLite. Aplikasi lain saya mengunakan teks fail. Boleh dikatakan sebagai latihan juga kepada saya dalam mengunakan SQLite.

7. Ada banyak lagi kemaskini untuk Zairocator akan dibuat jika berkelapangan.

8. Idea membangunkan Zairocator diperolehi apabila saya mengalami sesat jalan semasa mengambil adik saya di Ipoh semasa balik Raya Haji tempoh hari. Setengah jam jugalah sesat jalan. Akhirnya jumpa juga jalan yang sepatutnya apabila mengunakan Google Map. Maka dengan itu terhasil Zairocator ilham daripada seorang yang tak puas hati kerana tersesat jalan walau pun sudah beberapa kali pernah ke rumah adik saya.

9. Dalam  satu kejadian lain, saya sesat jalan keluar daripada rumah saudara jauh yang julung-julung kali pergi. Sudahlah hendak pergi ke rumah dia pun sesat jalan. Ini diatasi dalam Zairocator apabila terdapat data saya sendiri dan data saudara saya itu. Jadinya jalan pergi dan jalan keluar tidaklah sesat lagi, In Shaa Allah.

10. Jika latitude dimasukkan alamat masih boleh digunakan namun tidaklah memberikan lokasi yang tepat di dalam Google Map.

#zairo

Wednesday, November 14, 2012

361. Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah. Ada orang membuat azam mengikut tahun Hijrah manakala ada yang mengikut tahun Masihi. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Apa yang penting adalah berjaya menjayakan apa yang telah dirancangkan.

Tahun 2012 ini boleh dikatakan kebanyakkan yang saya rancang berjaya dilaksanakan, Alhamdulillah. Mungkin ada pertukaran misi kerana faktor-faktor tertentu akan tetapi akhirnya ianya tidaklah mengubah visi asal.

Dua tahun kebelakangan ini saya banyak belajar perkara baru. Ianya pengalaman yang berguna untuk terus terlibat dengan dunia IT. Kalau tahun lepas saya banyak belajar tentang server, tahun ini pula banyak mengenai pembangunan aplikasi untuk telefon pintar.

Belajar sendiri pun ada juga. Terima kasih kepada rumet yang banyak mengajar saya Java. Saya terbiasa dengan bahasa PHP yang sedikit sebanyak mengambil masa juga untuk belajar Java untuk Android. Yang penting adalah ada keinginan untuk belajar sesuatu yang baru dan tidak mudah putus asa. Kalau putus asa pun, cuba lagi di ketika anda masih ada semangat.

Saya buat aplikasi sebenarnya untuk kegunaan saya sendiri. Memandangkan saya fikir mungkin ada orang yang ingin mengunakannya saya pun meletakkan di Google Play. Tapi apabila sudah ramai orang mengunakannya ianya menjadi tanggungjawab pula untuk memastikan ianya sentiasa up-to-date dan data yang tepat. InsyaAllah saya akan cuba memberikan yang terbaik.

Sudah 2 tahun saya di syarikat saya bekerja sekarang. Jarang saya bekerja di syarikat yang sama lebih daripada 2 tahun. Daripada 7 syarikat yang saya pernah bekerja cuma 3 syarikat sahaja saya bekerja lebih daripada 2 tahun. 2 tahun boleh dianggap satu tempoh yang sempurna sebagai pengalaman bekerja di syarikat IT kerana sudah melalui tempoh yang lengkap bagi kitaran pembangunan sistem.

Azimat saya semasa bekerja cuma satu: Jaga prestasi kerja. Itu yang saya ingat sejak saya mula bekerja 10 tahun yang lalu. Kerana itu juga saya biasanya tidak melayari Twitter dan FaceBook di waktu bekerja kecuali sebelum masuk kerja, waktu rehat dan selepas balik kerja. Oh ya kecuali jika ada kerja melibatkan FaceBook dan Twitter.

#zairo

Sunday, November 4, 2012

360. My Top Ten Apps

Ada aplikasi yang saya gunakan sejak mula mengunakan telefon pintar dan tidak berubah sehingga sekarang. Kebanyakannya berubah disebabkan beberapa faktor seperti ada aplikasi yang lebih baik, lebih pantas atau pun aplikasi tersebut sudah meletakkan iklan atau pun perlu dibeli. Tidak semua aplikasi kita berminat untuk membeli. Disenaraikan 10 aplikasi yang selalu saya gunakan.

1. Browser
a. Opera Browser
Biasanya untuk baca surat khabar seperti Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, Harian Metro, NST dan lain-lain.

2. Social Apps
a. Twitter
b. Flipboard
Di dalamnya ada Twitter, FaceBook, Google+, Google Reader, dan lain-lain.

3. To-Do List
a. Taskos
Untuk menyenaraikan segala yang perlu dibuat sama ada kerja atau peribadi semuanya dalam satu aplikasi dan sync dengan Google Tasks. Google Calendar pun bagus tapi ada info yang saya perlu masukkan tiada due date.

4. Navigation
a. Google Map
Untuk mencari lokasi yang perlu pergi paling tepat jika ada lon lat.
 
5. Open and close screen
a. Close it (Screen lock widget)
Untuk tutup skrin tanpa mengunakan peranti butang.
b. Awesome On Off - Smart Screen
Untuk buka skrin mengunakan 'gesture' 40 darjah.

6. Camera & Screenshot
a. Screenshot (tekan volume bawah dan butang power serentak jika Galaxy Nexus), b. Kamera bukan setakat mengambil gambar tetapi juga mengambil gambar pada slide presentation, kertas kajang, telefon dan tablet.
 
7. Mail
a. Gmail
b. Email
Untuk melihat dan membalas semua email yang ada.

8. Messenger
a. IMO
b. Touch
c. LINE
d. LiveProfile.
Bertukar maklumat dengan rakan-rakan.

9. Islamic Apps
a. iQuran Pro
b. Zairopray
c. Prayer Time Pro (untuk kiblat)
Untuk mengetahui waktu solat, menyemak arah kiblat, doa harian, bacaan dalam solat dan lafaz dan niat. 

10. Misc
a. Zairoliday untuk cuti umum Malaysia
b. Photof untuk panorama
c. Yafi untuk bermain catur di FICS secara dalam talian
d. DroidFish dan Shredder Chess untuk bermain catur luar talian
e. ClockSync untuk menyemak masa dengan atomic time
f. Zairoute untuk dapatkan laluan tren KL dan Lembah Klang
g. NCube merupakan Rubik's Cube 2x2 sehingga 10x10
h. Blogger untuk kemaskini blog.
Lebih daripada 10 aplikasi sebenarnya, hu2.

Senarai Aplikasi 10 Teratas saya yang lalu:
a. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Samsung Galaxy W:
http://zairochess.blogspot.com/2012/07/260-focus.html

b. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Samsung Galaxy Ace:
http://zairochess.blogspot.com/2011/09/326.html

c. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Sony Xperia X8:
http://zairochess.blogspot.com/2011/04/318-android-and-me.html
 
#zairo

359. November Rain

Saya menulis blog mengunakan Android. Baru perasan sudah lama ada aplikasi blogger dalam Google Play. Dulu masa mula-mula saya menulis masukan pertama blog ini mengunakan Nokia N900. Tapi itu ada peranti kekunci.
Bagi yang tidak biasa mengunakan skrin sentuh biasanya lebih gemar mengunakan Nokia dan Blackberry. Skrin sentuh sebenarnya lebih sukar rosak berbanding peranti kekunci yang biasanya mempunyai kadar hayat tertentu.
Sama ada perasan atau tidak, Android terbaru sudah tiada 'slide from left to right to open' dan ditukar kepada 'slide to any position to open'. Sebenarnya inovasi tidak hanya satu cara dan Android dilihat banyak membuat inovasi yang tersendiri.
Galaxy Nexus yang tiada peranti butang pada bawah skrin juga istimewa. Ada banyak cara boleh digunakan selain menekan butang on/off pada kanan tepi telefon Android iaitu mengunakan 'gesture' atau 'sensor'.
Saya baru menambahbaik Zairoliday dengan meletakkan cuti sekolah pada wiget dan mengasingkan cuti sekolah mula dan tamat. Ini sudah lama difikirkan dan baru mendapat ilham untuk dilaksanakan. Fokus sekarang lebih terarah kepada Zairopray memandangkan ramai yang mengunakannya dan satu lagi aplikasi terbaru saya yang agak lama KIV.
#zairo