Thursday, November 22, 2012

362. Zairocator

Akhirnya Zairocator telah pun sedia ada di Google Play. Berikut maklumat berkaitan dengan Zairocator.

1. Zairocator adalah gabungan perkataan Zairo dan Locator.

2. Zairocator merupakan aplikasi untuk menyimpan maklumat lokasi iaitu longitud dan latitud.

3. Nama asalnya adalah Zairotree merupakan gabungan perkataan Zairo dan Family Tree. Namun saya merasakan ianya jauh lagi sukar untuk dibuat dan tidak pasti adakah saya berminat untuk meneruskannya lalu saya ubah menjadi locator.

4. Untuk rekod saya pernah membuat Sistem Family Tree mengunakan PHP suatu masa dahulu. Malangnya tiada sandaran data yang baik menyebabkan saya hilang sistem tersebut bersama laptop saya yang hilang suatu ketika dulu. Sistem tersebut saya buat sebagai mengisi masa lapang di ketika itu dan ianya boleh dikatakan sudah siap.

5. Dalam Zairocator boleh dimasukkan data, kemaskini data dah padam data.

6. Zairocator mengunakan SQLite sebagai pangkalan data dan merupakan aplikasi pertama saya mengunakan SQLite. Aplikasi lain saya mengunakan teks fail. Boleh dikatakan sebagai latihan juga kepada saya dalam mengunakan SQLite.

7. Ada banyak lagi kemaskini untuk Zairocator akan dibuat jika berkelapangan.

8. Idea membangunkan Zairocator diperolehi apabila saya mengalami sesat jalan semasa mengambil adik saya di Ipoh semasa balik Raya Haji tempoh hari. Setengah jam jugalah sesat jalan. Akhirnya jumpa juga jalan yang sepatutnya apabila mengunakan Google Map. Maka dengan itu terhasil Zairocator ilham daripada seorang yang tak puas hati kerana tersesat jalan walau pun sudah beberapa kali pernah ke rumah adik saya.

9. Dalam  satu kejadian lain, saya sesat jalan keluar daripada rumah saudara jauh yang julung-julung kali pergi. Sudahlah hendak pergi ke rumah dia pun sesat jalan. Ini diatasi dalam Zairocator apabila terdapat data saya sendiri dan data saudara saya itu. Jadinya jalan pergi dan jalan keluar tidaklah sesat lagi, In Shaa Allah.

10. Jika latitude dimasukkan alamat masih boleh digunakan namun tidaklah memberikan lokasi yang tepat di dalam Google Map.

#zairo