Wednesday, November 14, 2012

361. Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah. Ada orang membuat azam mengikut tahun Hijrah manakala ada yang mengikut tahun Masihi. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Apa yang penting adalah berjaya menjayakan apa yang telah dirancangkan.

Tahun 2012 ini boleh dikatakan kebanyakkan yang saya rancang berjaya dilaksanakan, Alhamdulillah. Mungkin ada pertukaran misi kerana faktor-faktor tertentu akan tetapi akhirnya ianya tidaklah mengubah visi asal.

Dua tahun kebelakangan ini saya banyak belajar perkara baru. Ianya pengalaman yang berguna untuk terus terlibat dengan dunia IT. Kalau tahun lepas saya banyak belajar tentang server, tahun ini pula banyak mengenai pembangunan aplikasi untuk telefon pintar.

Belajar sendiri pun ada juga. Terima kasih kepada rumet yang banyak mengajar saya Java. Saya terbiasa dengan bahasa PHP yang sedikit sebanyak mengambil masa juga untuk belajar Java untuk Android. Yang penting adalah ada keinginan untuk belajar sesuatu yang baru dan tidak mudah putus asa. Kalau putus asa pun, cuba lagi di ketika anda masih ada semangat.

Saya buat aplikasi sebenarnya untuk kegunaan saya sendiri. Memandangkan saya fikir mungkin ada orang yang ingin mengunakannya saya pun meletakkan di Google Play. Tapi apabila sudah ramai orang mengunakannya ianya menjadi tanggungjawab pula untuk memastikan ianya sentiasa up-to-date dan data yang tepat. InsyaAllah saya akan cuba memberikan yang terbaik.

Sudah 2 tahun saya di syarikat saya bekerja sekarang. Jarang saya bekerja di syarikat yang sama lebih daripada 2 tahun. Daripada 7 syarikat yang saya pernah bekerja cuma 3 syarikat sahaja saya bekerja lebih daripada 2 tahun. 2 tahun boleh dianggap satu tempoh yang sempurna sebagai pengalaman bekerja di syarikat IT kerana sudah melalui tempoh yang lengkap bagi kitaran pembangunan sistem.

Azimat saya semasa bekerja cuma satu: Jaga prestasi kerja. Itu yang saya ingat sejak saya mula bekerja 10 tahun yang lalu. Kerana itu juga saya biasanya tidak melayari Twitter dan FaceBook di waktu bekerja kecuali sebelum masuk kerja, waktu rehat dan selepas balik kerja. Oh ya kecuali jika ada kerja melibatkan FaceBook dan Twitter.

#zairo